Thursday, November 27, 2008

Taksub pada perjuangan atau pemimpinnya???

Perjuangan didalam sesuatu kumpulan akan diketuai oleh seorang pemimpin. Perjuangan adalah matlamat untuk menjayakan sesuatu objektif. Objektif ini dicipta oleh sesuatu pertubuhan dan dijayakan oleh pemimpinnya melalui kepimpinan nya dan kredabiliti yang ada pada dia sebagai seorang pemimpin.

Perjuangan adalah sesuatu yang ingin dicapai oleh setiap pihak agar sukar tanpa kepimpinan dari seseorang pemimpin yang berkaliber. Mereka inilah yang akan menentukan jalan jalan yang perlu di ikuti oleh kita dan menentukan baik buruk kenderaan yang kita naiki untuk mencapai destinasi yang kita impikan iaitu matlamat dan objektif perjuangan kita semua. Dan sebagai seorang pemimpin yang juga seorang manusia, mereka tidak lari dari melakukan kesilapan. Kesilapan yang kecil dan kesilapan besar yang mungkin akan merosakkan terus perjuangan itu sendiri.

Apabila perkara ini berlaku, adakah kita ini. sebagai orang bawah yang mengikut pemimpin ini teru menurut pemimpin ini umpama “lembu dicucuk hidungnya” dan terus mengikut kehendak tuan empunya lembu itu atau terus meninggalkan pemimpin dan terus memperjuangkan perjuangan yang dicipta itu. Melayu begitu terkenal dengan ketaatannya, sejarah Jebat dan Tuah begitu masyhur diceritakan, ketaatan kepada sultan begitu dibanggakan ketika itu, sehingga Negara tergadai ke tangan penjajah dan dijajah ketika itu pun rakyat kita ini masih taatkan sultannya. Dan perubahan hanya berlaku pada kita bangkit menentang Malayan Union, dan ini menyebabkan kita sedar taat kepada pemimpin yang tidak memperjuangkan hak kita ini tiada gunanya.

Manusia tidak lari dari melakukan kesilapan, tetapi adalah penting kita mengutamakan perjuangan kita daripada kepentingan diri sendiri kerana itulah tugas kita sebagai pemimpin. Nabi Muhammad juga meninggalkan keluarga untuk memperjuangkan islam. Tetapi apabila kita lebih mengutamakan kepentingan diri sendiri untuk menjadi Perdana Menteri dan kepentingan anak anak dan orang orang tertentu tanpa memikirkan perjuangan bangsa. Lebih mendengar nasihat dari anak menantu dari orang lain. Dan selamat si dia sedar dan telah ingin menurunkan tahta nya. Orang ini layak untuk diundurkan dan digantikan oleh orang lain. Tidak layak seorang pemimpin itu memimpin pabila begitu banyak pekung didada terbuka dan dibuktikan kebenarannya kerana seorang itu perlulah mempunyai kebersihan imej, rohani, dalaman dan luaran barulah dia dikenali sebagai pemimpin yang baik. Mempersoalkan Majlis Fatwa, Mempersoalkan Azan Subuh berkemundang, Papan Tanda didalam bahasa lain dan makin banyak cuba dirobek oleh pihak pihak tertentu ini.. Dimanakah pemimpin pemimpin ini disaat dan ketika ini???

Disaat hak keistimewaan melayu dikritik hebat, api perkauman makin marak, ekonomi makin terdesak. Pabila pemimpin pemimpin ini tidak kisah lagi akan hak hak kita, ingin mengadaikannya untuk menjanjikan dia naik sebagai Perdana Menteri. Taksub mempersoalkan kredibilti pemimpin pemimpin lain sedangkan diri sendiri mempunyai banyak kesilapan. Adakah pemimpin ini layak menjadi pemimpin kita di masa kita begitu memerlukan anak bangsa kita ini berdiri sama tinggi sama bangsa lain.pemimpin ini sanggup menyembah kaki orang lain dan bangsa lain agar mendapat undi daripada dia. Bijak berkata tapi tidak bijak melaksana. Bijak mengata dan mengutara tapi tidak tahu menilai keadaan semasa.

Kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan kita bertambah maju berkat daripada pengorbanan kita mengetepikan pemimpin yang tidak memperjuangkan hak kita. Onn Jaafar dibuang ketika ingin membuka parti pada bukan melayu, Tunku Abdul Rahman dipaksa undur ketika tidak berjaya mengawal perkauman dan kepentingan melayu dan Kuasa Sultan dikurangkan had kekuasaannya pabila banyak belaku kes melibatkan sultan sultan melayu ini. Kepimpinan pemimpin itu dinilai daripada perjuangan dia yang dibuat olehnya untuk bangsa tanpa memikirkan kepentingan individu individu tertentu. Mengutamakan agama dan bangsa daripada diri sendiri.

Dan hari in dilemma ini datang kembali kepada kita. Orang bawah ini taksub dengan perjuangan sehingga lupa mereka sedang memperjuangkan perjuangan individu tertentu. Bukan nya perjuangan parti. Dan berharap kita cepat sedar dan berubah sebelum Negara tergadai ke tangan penjajah….



1 comment:

aidashahab said...

herm herm herm..
:))
tak paham.