Monday, January 5, 2009

Palestin owh Palestin

Hari melihat pada saudara saudara Islamku yang terkorban angkara rejim zionis yang secara terbuka menyerang, membunuh dan menakluk semenanjung Gaza tanpa menghiraukan suara suara dunia supaya menyuruh Israel ini menghentikannya.

Dimanakah penyatuan Islam ketika saudara saudara kita memerlukan kita untuk membantunya?? Sibuk berbicara tentang islam tetapi bila saudara memerlukan kita, kita diam tidak berbicara??

Kita boleh membantu sekiranya umat Islam bersatu. bersatulah kita di bawah satu paksi. Perbezaan mazhab tidak bemaksud kita berbeza agama. berbeza kulit tidak bermaksud kita berbeza saudara. Mereka yang seagama dengan kita memerlukan kita. Suara kita perlu di dengari oleh dunia.

Pulaukan barangan Amerika dan suarakan penentangan secara terbuka. Kita menentang tetapi mereka tidak gentar kerana kita tidak bersatu. jika kita bersatu memulaukan barangan mereka. Pasti ada impaknya kepada Amerika kerana mereka terasa suara kita.Amerika hanya menganggukkan apa yang dilakukan Israel ke atas Palestin. Amerika menghina ke atas pengebom berani mati yang mengorbankan rakyat Israel tetapi menghalalkan pembunuhan secara terbuka Israel keatas penduduk Palestin.

Laungan keamanan mereka dicipta untuk mengaburi mata dunia. Menjajah Iraq dan Afganistan kerana ingin mengembalikan keamanan dunia,menganggap Islam sebagai pengganas dan menghina Rasul kita secara terbuka dan kita duduk diam dan tidak berbuat apa apa???

Allah tidak menolong kita melainkan kita sendiri berusaha untuk mengubah keadaan itu.
Kita tidak berupaya untuk mengangkat senjata melawan mereka tetapi kita mempunyai pemikiran yang boleh memikirkan cara menentang yang tidak memerlukan untuk pergi beperang. pulaukan barangan mereka.biar mereka terasa impak membunuh saudara saudara kita. Kita mempunyai populasi rakyat teramai dalam dunia ini. apa salahnya kita gunakan keramaian kita dengan memulaukan barangan ciptaan mereka. Tetapi ini perlukan penyatuan semua umat islam sedunia dan ini perlu bermula di Negara kita sendiri. bersatu la kita. Bersatu la….

(takziah kepada keluarga islam palestin yang terkorban, kesedihan kamu dapat kita rasai disini.tidak berupayaku untuk mengangkat senjata seperti mu..tapi berkat doaku mengiringi setiap langkah perjuanganmu..al-fatihah kepada saudara saudaraku yang terkorban…)