Thursday, October 29, 2009

Buku Baru

Buku Baru,
Nak Buku Baru,
Tapi Sayang Buku Lama,
Tapi Isi Tetap Sama,
Bunga Dan Akhirnya Bunga,
Selamat Tidur Kenangan Semalam,
Selamat Pagi Buku Baru,
Harap Sangat Dapat Lupa Saat Itu~

(marah,malu,kayu,bengong,bangang,bodoh,gila,gumbira,suka, sedih,kecewa,ego sume begaul menjadi satu...tapi satu tu apa??pelik pelik pelik..aku masih mencari jawapan bagi persoalanku sendiri)

Wednesday, August 26, 2009

Siramkan~

Mekarkan bunga itu lagi
Siramkan air ke bunga itu
Baja akan bunga itu
Dan bunga terus kembang berdiri..
Jangan kemaraukan bunga
Jangan sunyikan bunga
Jangan ributkan bunga..
Dan biar bunga mekar dan wangi..
Syukur bunga bertambah tahun lagi
Kecapi apa yg di ingin
Gengam bukan abu
Moga bunga teguh berdiri
Gah tidak mati
Amin~
~BUNGA TETAP BUNGA~

Sunday, July 26, 2009

Mesin Terbang

Tolong berikan aku mesin..
Mesin yang beranikan aku terbang ke awan
Dan pasti akan aku kejar mesin itu


Kerna bohsan mendongak ke awan
Kerna awan sentiasa menemani aku
Melihat detik detik hati aku yang palat
Memuaskan mata aku dengan senyuman
Tenangkan aku dengan melindungi sinaran
Adakah aku takut tak sampai ke dalam awan?
Atau takut itu hanya angan angan?

Persoalan demi persoalan memenuhi ruang

Tiada ekspidisi pun yg dibuat…
Akhirnya masih mendongak dan melihat awan
Dan awan masih setia merenung hati aku yang palat

Tuesday, June 16, 2009

Pucuk Bunga Dan Akar

Berbaring dan terfikir..

Siapa itu Melayu??

Apa itu Melayu??
Apakah itu Melayu??
Layu kah itu Melayu??
Dan persoalan paling penting…

Adakah Melayu akan terus jadi Melayu??

Apabila terfikir tentang masalah,

Melayu sering menyalahkan pucuk dan bunganya,
Tetapi masalah nya sebenarnya datang dari akarnya sendiri,
Dimana pergi jati diri Melayu Islam dalam diri,
Adakah Melayu dapat bertahan seperti ikan tawar di laut masin??
Jika konflik itu tercetus

kerana perbezaan perjuangan agama dan perjuangan bangsa??
Bukankah arah perjuangan itu adalah serupa??


kerana Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu….
Kerana pertelagahan perjuangan akhirnya Melayu masih ketinggalan…
Ayuh Melayu ayuh, berbincang dan menyuburkan hati dan budi Melayu..
Mari kita berbicara tentang akar setelah asyik betelagah tentang pucuk dan bunga…


(membaca buku Dilemma Melayu-Islam karya Pahrol Mohamad Juoi dan menyelitkan sedikit kata kata dari Buku itu)

Wednesday, June 3, 2009

Bintang By Inndeana

Malam nie mungkin ramai yg mahu lihat bintang. Tp adakah benar bintang yg dicari akan muncul ? Kmane hilangnye bintang yg dicari ?

Hanya satu jawapan.

Kerana bintang akan sentiasa menemani bulannye yg keseorangan. Tetapi bulan tak pernah menyedari kehadiran bintang yg menemaninya. Kerana terlalu megah dgn kilauannye yg menerangi kegelapan seluruh alam.

Akan tetapi, hanya satu kepuasan yg dicapai oleh bintang. Apabila melihat kebahagian kekasihnye, Bulan.

Thursday, May 28, 2009

Hanya dia

Malam sepi aku sendiri,
Akal mati langkah cacat
Buntu hati sesat berjalan,
Duhai bulan terangkan hutan
Aku sesat dalam gelap,

Mengkaji, Memerhati dan Mengakui

Hanya Dia yang buat Aku terkedu
Hanya Dia yang buat Aku murung
Hanya Dia yang buat Aku tersenyum
Hanya Dia yang buat Aku kecewa
Hanya Dia yang buat Aku terketar
Hanya Dia yang buat Aku ketawa
Hanya Dia yang buat Aku gila

Aku jadi begini sebab sendiri,penjara hati sampai ke mana
Kalau mencari biar berakal, kalau mencinta biar pintar
Terpinga kecewa becampur sedih , berbicara asyik tentang takdir
“Kalau betul itu jodoh aku, akan aku lawan balik takdir itu”
“Kerna skali aku mencinta, aku tetap cinta dia….”

Tuesday, May 26, 2009

Takdir

Kalau kita berdoa pada illahi untuk merestui impian kita
Adakah Yang Maha Esa ini akan menunaikan terus impian kita??
Adakah Yang Maha Esa ini memberi jalan kepada kita untuk mencapai impian kita??
Dan kalau telah tercipta jalan kepada kita adakah kita akan mengunakannya??
Seterusnya terus mencuba mencengkam impian untuk digengam??
Dan kalau usaha menemui kegagalan??

Adakah kita akan terus dirumung kekecewaan??
Dan disinilah kita belajar satu benda yang kita harus belajar
Takdirku ketentuan Yang Maha Esa
Dia yang menentukan setelah aku berusaha mengapai impian
Aku berpasrah setelah berusaha bermatian matian
Pasti aku duduk tersenyum akan usaha aku
Dan aku yakin Yang Maha Esa tahu tentang itu