Thursday, May 28, 2009

Hanya dia

Malam sepi aku sendiri,
Akal mati langkah cacat
Buntu hati sesat berjalan,
Duhai bulan terangkan hutan
Aku sesat dalam gelap,

Mengkaji, Memerhati dan Mengakui

Hanya Dia yang buat Aku terkedu
Hanya Dia yang buat Aku murung
Hanya Dia yang buat Aku tersenyum
Hanya Dia yang buat Aku kecewa
Hanya Dia yang buat Aku terketar
Hanya Dia yang buat Aku ketawa
Hanya Dia yang buat Aku gila

Aku jadi begini sebab sendiri,penjara hati sampai ke mana
Kalau mencari biar berakal, kalau mencinta biar pintar
Terpinga kecewa becampur sedih , berbicara asyik tentang takdir
“Kalau betul itu jodoh aku, akan aku lawan balik takdir itu”
“Kerna skali aku mencinta, aku tetap cinta dia….”

Tuesday, May 26, 2009

Takdir

Kalau kita berdoa pada illahi untuk merestui impian kita
Adakah Yang Maha Esa ini akan menunaikan terus impian kita??
Adakah Yang Maha Esa ini memberi jalan kepada kita untuk mencapai impian kita??
Dan kalau telah tercipta jalan kepada kita adakah kita akan mengunakannya??
Seterusnya terus mencuba mencengkam impian untuk digengam??
Dan kalau usaha menemui kegagalan??

Adakah kita akan terus dirumung kekecewaan??
Dan disinilah kita belajar satu benda yang kita harus belajar
Takdirku ketentuan Yang Maha Esa
Dia yang menentukan setelah aku berusaha mengapai impian
Aku berpasrah setelah berusaha bermatian matian
Pasti aku duduk tersenyum akan usaha aku
Dan aku yakin Yang Maha Esa tahu tentang itu

Satu Nama

Tak malu mengucap berulang ulang,
Kulit cokelat sawo matang,
Bermata sepet putih putihan,
Gelap berjalan segak dan tampan,
Warna kulit bukan segalanya,
Mereka silap kata kita tak sama,
Kerna kita buktikan 52 tahun lamanya,
Dan kita akan teruskan sampai bila bila,
Kita sama di mana sahaja,
Kerna kita satu bernama anak bangsa Malaysia....

Saturday, May 16, 2009

Gila Gila

Berlari lari tanpa tujuan,
Meraung tapi tak kedengaran,
Tangan penat terkapai kapai,
Mencari dan terus mencari,
Gila otak buta hati,
Kerana terbuka kotak ternampak benda,
Gila gila dan terus mengila,
Nak kenal diri tapi tak dapat,
Nak cari punca,kabur pandangan,
Tolong rama rama itu tolong,
Melaung laung terpekik pekik,
Diherdik takpa,dimaki pon takpa,
Janji tau apa itu punca,
Dan biar terus gila,
Janji jangan kacau bunga,
Dan biar tak normal gila disana.

(good luck kepada sume MMU student!!!!,nafas tak tentu,hati degup kencang,minggu mencabar minda dan mencabar alam kedewasaan)

Thursday, May 14, 2009

Minta Maaf Kepada Teman(entry khas untuk kawan kawan)

  1. Minta maaf tak dapat melayan,tak menghibur, tak memahami kepenatan dan kesakitan korang.
  2. Minta maaf tak dapat memberi apa yang korang harapkan.
  3. Minta maaf kerana menyusahkan korang.
  4. Minta maaf kerana membiarkan korang pergi dengan kecewa dan tangisan.
  5. Minta maaf kerana kekurangan kekurangan kiteorg ini.
  6. Minta maaf yang teramat sangat kerana menjatuhkan air mata korang kerana sikap kami.
  7. Minta maaf kerana tak sangka gelak ketawa kami akhirnya memberikan tangisan itu.
Nak korang tahu juga, disebalik ketawa ketawa itu. tersimpan juga terkilan dalam hati.
Tak meminta korang memahami, cuma minta korang maafkan je.

Sedih membaca status status korang.serius terasa dan sedih. kenapa sepatutnya malam gembira menjadi satu kenangan kedukaan.

Tak tahu nak melaung kat mana,
terasa diri bersalah,

tapi tak dapat putar masa,
terasa sedih,
tak tahu nak luah kat sapa,
terasa kecewa,
tapi apa yang boleh dilakukan??

Kerana korang kawan baik kami, memahami kami, menerima kami seadanya, peneman kami didalam susah, megerti kami,mengembirakan kami.

Kerana sifat sifat baik korang ni menyebabkan kami meminta untuk maafkan kami.

Kerana tak pernah kawan baik kami menangis kerana kami, dan kerana itu kami berasa begitu bersalah dalam hati.

(Begitu pening memikirkan alam kedewasaan, tak pernah macam ni.. tekenang zaman zaman alpha dahulu dan lagu Carburator Dung dimainkan semula sambil melihat lihat gambar gambar dahulu..korang kawan baikku dahulu kini dan selamanya)


Wednesday, May 6, 2009

Selamat Hari IBU!!!!!!

baru selepas bace blog mr effendi,terus terasa benda ini amat berguna untuk di amati bersama...


Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak

Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya.........

Tapi kalau mak sudah tiada.......... MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya...
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17..00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
(Saya Sayang Mama Saya!!!!!terus telefon mama pas baca entry ni kat blog mr effendi...hahahaa)

Sunday, May 3, 2009

lembah hina, lembah pusaka, lembah derita....

salam buat semua,
Terduduk diam mencari jalan,
Jalan berjalan hitam berduri,
Diredahi kaki berkudrat tangan,
Mencari sinar matahari meninggi menyinari..
Terbang si helang singgah di hutan,
Dihalau merak emas kawasannya jajahi
Pergi ke laut berjumpa naga
Ditunjuk jalan mendaki bukit,
Terjumpa harimau tersenyap sebentar
Harimau bergigi mencari mangsa
Tersenyap berjumpa si kura kura
Diam si kura kura menyimpan kuasa
Terperhati burung hantu duduk bertenggek
Memerhati senyap mata tidak lelap,
Dinasihat si labah labah jangan bersorak
Biar semakin tunduk semakin berisi,
Umpama padi masak di jelapang merah,
Jangan menunjuk jangan mendabik
Sumpah diangkat jadi pegangan,
Belot tidak, derhaka pun tidak
Menunggu peluang, mencari jalan,
Memertabat agama dan bangsa dimata dunia,
Berdarah merah meyelubungi daging putih.
Si anak burung, si anak harimau tetap berdiri
Menunai janji berikthiarkan mati,
Kerna ini jalan yang telah dilalui,
Berpatah takkan, berganjak pown tidak,
Pedoman si jebat jadi pegangan
Taat si tuah tetap diikutkan
Kerna darahku mengalir ini darah melayu
Takkan ku biar melayu hilang di dunia
Tetapi biarlah kewujudan dirasa,
Barulah bermakna apa yang dicita.
Bukan sekadar menanam labu
Tapi tidak di jaga,
Berharap labu tumbuh disitu,
Sanganlah berangan angan mat jenin,
Sedarlah bangsaku Melayu!!
Ayuh bangun berlari kesitu
Menuju pulau menaiki tongkang
Dipulau ini impian satu
Mergejarkan impian Melayuku gemilang!!!!
(mendapat panggillan semlm dari kawan lame, mempersoalkan kehilangan diri dan mencari jawapan dari tuan umpanya diri dan jawapan ku adalah ini..)