Thursday, November 27, 2008

Taksub pada perjuangan atau pemimpinnya???

Perjuangan didalam sesuatu kumpulan akan diketuai oleh seorang pemimpin. Perjuangan adalah matlamat untuk menjayakan sesuatu objektif. Objektif ini dicipta oleh sesuatu pertubuhan dan dijayakan oleh pemimpinnya melalui kepimpinan nya dan kredabiliti yang ada pada dia sebagai seorang pemimpin.

Perjuangan adalah sesuatu yang ingin dicapai oleh setiap pihak agar sukar tanpa kepimpinan dari seseorang pemimpin yang berkaliber. Mereka inilah yang akan menentukan jalan jalan yang perlu di ikuti oleh kita dan menentukan baik buruk kenderaan yang kita naiki untuk mencapai destinasi yang kita impikan iaitu matlamat dan objektif perjuangan kita semua. Dan sebagai seorang pemimpin yang juga seorang manusia, mereka tidak lari dari melakukan kesilapan. Kesilapan yang kecil dan kesilapan besar yang mungkin akan merosakkan terus perjuangan itu sendiri.

Apabila perkara ini berlaku, adakah kita ini. sebagai orang bawah yang mengikut pemimpin ini teru menurut pemimpin ini umpama “lembu dicucuk hidungnya” dan terus mengikut kehendak tuan empunya lembu itu atau terus meninggalkan pemimpin dan terus memperjuangkan perjuangan yang dicipta itu. Melayu begitu terkenal dengan ketaatannya, sejarah Jebat dan Tuah begitu masyhur diceritakan, ketaatan kepada sultan begitu dibanggakan ketika itu, sehingga Negara tergadai ke tangan penjajah dan dijajah ketika itu pun rakyat kita ini masih taatkan sultannya. Dan perubahan hanya berlaku pada kita bangkit menentang Malayan Union, dan ini menyebabkan kita sedar taat kepada pemimpin yang tidak memperjuangkan hak kita ini tiada gunanya.

Manusia tidak lari dari melakukan kesilapan, tetapi adalah penting kita mengutamakan perjuangan kita daripada kepentingan diri sendiri kerana itulah tugas kita sebagai pemimpin. Nabi Muhammad juga meninggalkan keluarga untuk memperjuangkan islam. Tetapi apabila kita lebih mengutamakan kepentingan diri sendiri untuk menjadi Perdana Menteri dan kepentingan anak anak dan orang orang tertentu tanpa memikirkan perjuangan bangsa. Lebih mendengar nasihat dari anak menantu dari orang lain. Dan selamat si dia sedar dan telah ingin menurunkan tahta nya. Orang ini layak untuk diundurkan dan digantikan oleh orang lain. Tidak layak seorang pemimpin itu memimpin pabila begitu banyak pekung didada terbuka dan dibuktikan kebenarannya kerana seorang itu perlulah mempunyai kebersihan imej, rohani, dalaman dan luaran barulah dia dikenali sebagai pemimpin yang baik. Mempersoalkan Majlis Fatwa, Mempersoalkan Azan Subuh berkemundang, Papan Tanda didalam bahasa lain dan makin banyak cuba dirobek oleh pihak pihak tertentu ini.. Dimanakah pemimpin pemimpin ini disaat dan ketika ini???

Disaat hak keistimewaan melayu dikritik hebat, api perkauman makin marak, ekonomi makin terdesak. Pabila pemimpin pemimpin ini tidak kisah lagi akan hak hak kita, ingin mengadaikannya untuk menjanjikan dia naik sebagai Perdana Menteri. Taksub mempersoalkan kredibilti pemimpin pemimpin lain sedangkan diri sendiri mempunyai banyak kesilapan. Adakah pemimpin ini layak menjadi pemimpin kita di masa kita begitu memerlukan anak bangsa kita ini berdiri sama tinggi sama bangsa lain.pemimpin ini sanggup menyembah kaki orang lain dan bangsa lain agar mendapat undi daripada dia. Bijak berkata tapi tidak bijak melaksana. Bijak mengata dan mengutara tapi tidak tahu menilai keadaan semasa.

Kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan kita bertambah maju berkat daripada pengorbanan kita mengetepikan pemimpin yang tidak memperjuangkan hak kita. Onn Jaafar dibuang ketika ingin membuka parti pada bukan melayu, Tunku Abdul Rahman dipaksa undur ketika tidak berjaya mengawal perkauman dan kepentingan melayu dan Kuasa Sultan dikurangkan had kekuasaannya pabila banyak belaku kes melibatkan sultan sultan melayu ini. Kepimpinan pemimpin itu dinilai daripada perjuangan dia yang dibuat olehnya untuk bangsa tanpa memikirkan kepentingan individu individu tertentu. Mengutamakan agama dan bangsa daripada diri sendiri.

Dan hari in dilemma ini datang kembali kepada kita. Orang bawah ini taksub dengan perjuangan sehingga lupa mereka sedang memperjuangkan perjuangan individu tertentu. Bukan nya perjuangan parti. Dan berharap kita cepat sedar dan berubah sebelum Negara tergadai ke tangan penjajah….



Thursday, November 20, 2008

KETUANAN MELAYU

Saya tidak megatakan bahawa saya seorang begitu bijak untuk menyelesaikan semua masalah..tetapi saya merasakan bahawa masalah yang dihadapi oleh kita sekarang apabila pemimpin pemimpin melayu ini mula berebut kuasa dengan menggunakan pelbagai cara.

Ini menyebabkan kita yang berada di bawah berada begitu jelak mendengar berita tentang perebutan jawatan, pemilihan pemilihan UMNO yang bakal menjelang kelak, pertukaran kerajaan dari Barisan Nasional ke Pakatan Rakyat. Adakah ini lebih penting dari perpaduan kaum yang sedang begocak sekarang ini.

Media massa memainkan peranan penting dengan menyebarkan berita akan isu isu perkauman ini hingga menyebabkan kerajaan menahan beberapa orang dari pihak media massa ini. Saya menyokong tindakan kerajaan dengan menahan beberapa orang di bawah akta hasutan dan akta keselamatan dalam negeri. Saya menyarankan akan agar media massa mengurangkan isu isu perkauman ini supaya ia tidak menyebabkan semangat benci akan sesame bangsa ini dapat dikurangkan.

Bukan kerana ini menyekat kebebasan media, tetapi ia dilihat salahsatu faktor yang memudaratkan keamanan di Negara ini. adakalanya adalah lebih baik menutup daripada membuka mata si anak anak Harimau ini dan halang virus virus dari merebak ke seluruh masyarakat.

Saya juga mencanangkan agar pemimpin pemimpin rakyat ini lebih melihat kepada cara untuk memupuk perpaduan kaum di Negara ini. Ini kerana semakin hari, semakin ramai yang mempersoalkan isu kontrak sosial ini. Saya rasa kerajaan harus mewujudkan insiatif jangka panjang agar perkara ini tidak berlanjutan dan memudaratkan Negara ini kelak.

Perpaduan adalah teras kemakmuran Negara kita selama ini. Menyebabkan kita boleh memperoleh kestabilan ekonomi dan begerak memacukan perkembangan yang begitu besar. Adalah menjadi tanggunjawab kita untuk meneruskan kestabilan ini.

Selain daripada perpaduan kaum, penyatuan semua kaum melayu dibawah satu tujuan juga amat penting. Walaupun kita berada perbezaan politik, berlainan pendapat dan tidak sebulu dalam hampir semua aspek pendekatan fahaman masing masing, kita mesti memperjuangkan bangsa kita. Itu yang penting. Bagi saya ini yang amat penting, Kita mesti bersatu. jangan kerana inginkan kuasa, kita sanggup mengadai hak keistimewaan kita sebagai ganti kita berkuasa pada tampuk pemerintahan.

Pendidikan menjadi teras kepada pembangunan manusia. Jadi kita boleh menambah dan menekan lebih tentang akta akta perlembagaan ini agar anak anak muda ini boleh memahami dan dijadikan pedoman kepada mereka. Kerajaan juga harus merombak sedikit sistem pendidikan tentang perpaduan ini agar ia lebih diserapkan di pelbagai aspek.

Saya juga merasakan Latihan Khidmat Negara ini dipanjangkan tempohnya dan diwajibkan kepada semua remaja remaja di Negara ini. ia boleh dijadikan suatu medan untuk merapatkan hubungan antara sesama kaum kerana disini mereka dilatih untuk bekerjasam dan meningkat semangat cintakan Tanah air. Kita agak ketinggalan jika dibandingkan dengan Singapura dan Korea Selatan tapi kita masih boleh mempraktikkan Nya. Kita harus mempercepatkan tempoh perlaksanaan agar ia dapat dipraktikan dengan lebih baik.

Adalah lebih penting tentang pemimpin pemimpin Negara ini menstabilkan perpaduan di Negara ini menerusi penyatuan pendapat dan tujuan dari bergolak mahu merebutkan kuasa dan mempersoalkan isu perkauman sesama sendiri. jangan rosakkan Negara ini hanya kerana pebezaan fahaman politik dan ketamakan kekuasaan oleh sesetengah individu.

Tuesday, November 18, 2008

Harga Minyak Turun lagi....

Penurunan harga minyak hari ini pada paras RM 2.00 agak dinanti nantikan oleh kita. Paras harga minyak yang naik pada paras RM 2.70 pada bulan Jun 2008 dianggap oleh sesetengah pihak sebagai tindakan terburu buru kerajaan bagi menghadapi masalah kenaikan minyak pada parasan global.

Dan hari ini harga minyak telah kembali pada paras yang agak rendah dan mungkin akan dikurangkan lagi jika harga minyak global terus menurun. Ini menunjukkan keprihatinan kerajaan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat. Saya merasakan sekiranya kerajaan pada bulan Jun dahulu tidak terburu buru terus menaikkan harga minyak dan kerajaan melakukan kenaikkan harga minyak secara beperingkat, saya merasakan bahawa mungkin hari ini rakyat lebih mampu untuk hidup dalam keadaan yang tidak begitu “sesak “ kewangannya.

Ini kerana harga minyak terus menurun tetapi harga barang masih kekal di paras yang sama. Ini menyebabkan beban tanggungan minyak hari ini dikurang membolehkan rakyat menghabiskan kepada membeli harga barang yang masih di anggap tinggi lagi. Pemantauan secara lebih proaktif perlu diteruskan kerajaan untuk memastikan rakyat terus hidup dalam keadaan mempunyai “kuasa membeli” kekal atau lebih baik lagi.

Nampaknya pebangkang kelihatan hilang taring untuk menyerang harga minyak lagi tetapi pembangkang bagi saya amat diperlukan dalam amalan demokrasi bagi memastikan kerajaan sentiasa meneliti kembali dan membuat keputusan yang tepat bagi setiap dasar yang mereka perkenalkan.
(saya masih samar samar lagi melihat tentang masa hadapan saya dengan kadar pengangguran yang telah meningkat sedikit kerana Negara menghadapi masalah dengan kemelesetan ekonomi dunia)

Wednesday, November 12, 2008

Matematik Dan Sains Dalam Bahasa Inggeris??

Pengenalan mata pelajaran matematik dan science di dalam bahasa inggeris bermula pada tahun 2002. ia merupakan cadangan dari mantan perdana menteri kita ketika itu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad. Pendekatan yang bagi sesetengah rakyat yang menganggap bahawa kita tidak lagi patriotik bagi memartabatkan bahasa kebangsaan kita. Bahasa inggeris membolehkan kita menyeberang jambatan ke dunia yang lebih maju lagi dan menjadikan kita lebih hebat.

Bagi saya pendekatan dalam bahasa inggeris ini merupakan salah satu cara yang bijak bagi mendekatkan kita dengan bahasa perantaraan dunia ini. Adalah baik jika kita meneruskan pendekatan ini kerana saya merasakan ia tidak menjadi beban kepada pelajar untuk memahami sains dan matematik ini dalam bahasa inggeris. Inilah pendekatan yang akan kita cuba, sudah tentu akan ada masalah. Pasti ada seperti dalam bahasa inggerisnya “glitches” tetapi menjadi tugas kita untuk mengatasi segala masalah. Jika nak tunggu nak buat sesuatu dengan mengunakan proses biasa, mungkin kita tidak akan berjaya. Mungkin kita akan mengambil masa yang terlalu lambat di masa yang sama orang lain dah pergi jauh ke depan.Saya rasa cadangan Kementerian Pendidikan untuk menukarkan kembali pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa melayu seperti berpatah balik selepas berjalan separuh jalan. Saya tidak merasakan bahawa pendekatan bahasa inggeris ini satu faktor utama kemerosotan pelajar belajar kerana tiap tiap tahun saya melihat semakin ramai pula pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Kenyataan bekas Ketua Menteri Sarawak iaitu Tan Sri Abdul Rahman Yaakub(merupakan salah sorang pemimpin yang saya hormati) yang menyebut bahawa” "Saya membantah keputusan itu sekeras-kerasnya dan pihak berkaitan perlu mengajar kedua-dua subjek itu semula dalam bahasa Melayu," katanya selepas berucap pada majlis Wacana Ilmu bertajuk Pembangunan Pendidikan di Sarawak, anjuran Institut Aminuddin Baki di Pusat Maklumat Islam (PMI)”

Beliau yang juga pernah menyandang jawatan Menteri Pendidikan pada tahun 70an juga menyebut ketika beliau meyandang jawatan beliau menghadapi kekurangan guru pada zaman itu dan terpaksa mengimport guru dari Indonesia. Bagi saya, pada ketika ini, kita mempunyai ramai guru yang berkebolehan untuk mengajar murid murid dalam bahasa Inggeris.

Saya akui, apabila kita cuba mempercepatkan sesuatu, atau dalam bahasa inggeris “leap frog”. Atau lompat katak. Cara inilah yang selalu dilakukan oleh kita. Apabila kita cuba mempercepatkan proses dan apabila kita percepatkan proses, tentulah ada masalah dan terpulanglah pada kita untuk kita mencari jawapan kepada masalah ini. Saya disini mengulangi pendirian bahawa saya merasakan penukaran semula pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa melayu bukan satu langkah yang bijak.
(sesuatu Bangsa yang berjaya dinilai daripada kecekapannya dalam semua bidang dan adalah pentingnya bahasa inggeris bagi kita untuk membolehkan kita terbang dengan lebih tinggi lagi)

Sunday, November 2, 2008

PENDIDIKAN

Pendidikan adalah teras kepada kejayaan sesuatu negara. Dengan adanya golongan intelektual yang ramai di dalam Negara. Ia pasti akan menjadikan Negara itu berjaya dalam semua aspek pemerintahan, ekonomi dan kerohanian.asa kepada pendidikan ialah mendengar seterusnya menyebut dan disusuli dengan membaca dan akhir sekali menulis.

Sistem pendidikan di Malaysia ini semakin hari semakin dilihat ketinggalan dengan pergerakan arus pemodenan. Saya melihat dari aspek sains dan teknologi. Adakah berbaloi menghantar seorang angkasawan ke angkasa dan sekembalinya ke tanah air hanya membawa dia ke sekolah sekolah dan berkongsi pengalaman dan memberi motivasi sahaja?

Pada pandangan saya, jiwa muda ini harus diberi pendedahan yang lebih kepada praktikal dan amali. Ya perlu diketahui bahawa teori amat penting tetapi adakah teori yang dihafal oleh pelajar dapat dipraktikkan sepenuhnya oleh pelajar di alam dewasa kelak?

Di sini lah perlunya lebih pendedahan pada pelajar. Jika di jepun remaja berumur 18 tahun boleh membina sebuah mini robot bergerak mengapa tidak di Malaysia ini di praktikkan dengan lebih meluas, kita harus memberi pendedahan yang lebih pada pelajar pelajar ini supaya menimbulkan minat. Jika di sana seorang telah berjaya, jika di sini dipraktik lebih meluas mungkin kita boleh menghasil 20 orang di satu Negara membentuk mini robot pelbagai bentuk dan kaedah. kita semakin maju kehadapan tapi masih mengharapkan barangan luar masuk ke Negara kita tanpa mengharapkan hasil dari anak keturunan Negara kita.

Melebihkan para pelajar kepada tekonologi dan sains saya rasa menimbulkan kreativiti kepada mereka. Kreativiti inilah harus dipupuk oleh system pendidikan ini dari awal. Seperti pepatah melayu menyebut “melentur buluh biar dari rebungnya”. Kita boleh memupuk kreativiti anak muda sekarang.

Contoh yang saya rasa boleh diketengahkan sekarang ini, mungkin contoh yang kurang bijak dari saya. Anak melayu sekarang boleh menukarkan motor EX5 honda berenjin kecik hingga setanding kelajuannya dengan motor 125ZR. Di Jepun motor EX5 honda ini hanya kegunaan pergi ke pasar sahaja. Ini menunjukkan anak anak ini kreatif dan inovatif melakukan sesuatu pembaharuan walaupun tidak dijalan yang betul.

Jika langkah pendedahan kita kepada teknologi teknologi yang penting seperti automotif electrical dan elektronik ini lebih meluas. Ia pasti memupuk semangat ke industri dengan lebih jitu lagi disamping membina semangat keusahawanan yang tinggi. Sekolah teknik dan vokasional ini diwujudkan. Ia salah satu asas pendedahan kepada remaja remaja ini. jika kita melebihkan praktikal dan disamping memberi teori yang diguna pakai saya merasakan ia pasti akan menghasilkan hasil yang pasti berkesan.





Kementerian pendidikan mewujudkan pertandingan sains dan teknologi tetapi ia begitu terhad dan para pelajar itu sendiri tidak begitu pasti bagaimanakan cara pembuatannya asasnya yang sebenar. Disini mesti kita praktikkan kepada para pelajar dengan pendedahan pendedahan dengan lebih supaya menimbulkan semangat belajarnya yang meningkat.

Saya merasakan sistem pendidikan ini juga boleh memupuk semangat jati diri dan semangat perhubungan yang lebih erat. Jika sistem ini diubah sedikit dengan menyelitkan beberapa pembaharuan dengan lebih menekan kerja seperti berkumpulan ia juga boleh menimbulkan semangat pembelajaran yang tinggi.

Sebagai contoh, pelajar ini dibahagikan mengikut gred pencapaian oleh seorang guru ini kepada beberapa kumpulan. Di dalam beberapa kumpulan ini mesti tersely sesetengah pelajar pelajar yang bijak, sesetengahnya kurang bijak dan wujudkan beberapa siri pertandingan pembelajaran di dalam kelas ataupun antara darjah dan tingkatan. Ini menimbulkan juga semangat ini belajar di kalangan pelajar itu sendiri kerana kadang kadang kita malu untuk bertanyakan kepada guru tentang apa yang kita tidak faham. Maka kita akan merujuk pada ahli kumpulan kita untuk belajar. Ini boleh menjadikan kawan yang tidak faham itu menjadi faham dan pelajar yang menerangkan itu mengulangkaji pelajaran itu semula.

Bebanan para guru sekolah juga dengan pelbagai kerja yang banyak dan membeban juga memberi impak kepada pendidikan sekolah. Adalah lebih baik meramaikan kakitangan di sekolah seperti kakitangan sukan, kakitangan SPBT dan kakitangan perpustakaan agar guru menumpukan perhatian sepenuhnya kepada mendidik dan mengajar..

Adalah penting juga memberikan kuasa merotan dan medenda guru kembali selagi tidak mencacatkan para pelajar. Ini kerana banyak kes pelajar tidak menghormati guru ini telah kedengaran kerana tidak ramai guru yang berani menghukum pelajar pelajar yang biadap. Bagi saya, tidak telintas sedikit pun di fikiran guru ingin memukul para pelajarnya jika para pelajarnya tidak melakukan kesalahan. Dan salahkan cikgu medenda para pelajar kerana kesalahan nya seperti ibu mendidik anak. Memukul tidak sepertinya bukan tanda tidak sayang dan membiarkan anak anak melakukan kesalahan tanpa menghukumnya pown bukannya tanda sayang..

(cadangan kerdil ini hasil pemikiran singkat ini ketika sedang melihat semula kenangan kenangan ketika bersekolah dahulu walaupun mengetahui tiada sesiapapun dari kementerian akan membaca nukilan ini..tak kesah pown…)