Thursday, December 4, 2008

Kita Kata Kita Berkuasa

Kita Kata Kita Berkuasa,
Tapi di sudut mana dan di celah mana
Tidak terjawab dan tiada jawapannya..
Kita Kata Kita Berkuasa,
Sedangkan kita sibuk mengejar nikmat dunia,
Tidak memikir masa depan bangsa..
Kita Kata Kita Berkuasa,
Bila orang atas sibuk berebut kuasa
Hak kita tergadai entah ke mana…
Kita Kata Kita Berkuasa,
Bijak berjanji ketika berkata
Tapi tidak berjaya mengota
Kita Kata Kita Berkuasa,
Tapi bangsa kita berpecah merata
Tidak besatu menyata suara
Kita Kata Kita Berkuasa,
Menyata tidak melayu hilang di dunia
Tetapi masih menjadi kuli dan leka
Kita Kata Kita Berkuasa,
Bila Islam dihina dan dicerca
Kita duduk terkelu tidak bebicara

Kita Kata Kita Berkuasa
Kita Kata Kita Berkuasa
Kita Kata Kita Berkuasa


Tapi sejarah mengajar kita sebaliknya,
Tiada yg kekal dalam tamadun manusia,

Ada bangsa yang kekal dan dibangga
Ada bangsa yg hilang dan terus dilupa
Ada bangsa hidup tapi tidak dirasa
Bukan keagungan yang dikejarkan
Tapi kemerdekaan terus dikekalkan
Kita berpijak dikaki sendiri
Tidak perlukan tongkat untuk berdiri
Tidak mengharap pada bantuan
Keupayaan diri jadi sandaran
Dan barulah kita boleh bicara

!!!Kita Kata Kita Berkuasa!!!

(Terlintas didalam fikiran apabila dipersoalkan oleh orang kehilangan diri dan menyepi tanpa khabar berita dan suara. Aku berjuang bukan kerana nama, menyuara bukan kerana membantah,menidak bukan kerana membenci,menyepi bukan kerana tidur.Aku masih terjaga, melihat, memerhati dan berjuang dengan cara yang tersendiri..matlamat kita sama tapi jalan kita berbeza...)

Monday, December 1, 2008

!!!Main Kayak Kayak Level One!!!



dibelakang tasik yang cantik

best best best!!!!dapat belajar bermain kayak, dapat kenal ramai gurl cun cun!!!dapt berenang walaupun tak reti berenang, dapat sijil level one(yg ni tak kompem g,sal Ahkun kate ade org fail), dapat awek awek baru(hidup buhjan ajiq)!!!! dapat kawan baru dan lain lain sewaktu dengannya..

gamba bawah mase ngah praktik kayak





memule tak terfikir yang aku akan join program ni kerna becanggah ngan program yang sepatutnya aku pegi, but last last minit program yang patutnye aku pergi ni cancel n aku terus ckp ngan ajiq(bakal presiden OUTREC) yg aku nak join program ni. ajiq pown kate boleh.. jadi aku pown terus join..mase mlam nak grak tu..aku telajak tido..nasib baik tak kena tinggal.. dan bermula la episod gumbira dan duka..nak letak gamba banyak banyak penat..so letak gamba yang aku rase best best.
malam ahad lak g la charity konsert kat Main Hall, macam bese..membuhsankan..nasib baik ade Bunkface and Seven Collar T-Shirt..semangat skit nak pegi....ajak Sarah tanak kuar sal letih baru balik holiday katenye...jadi pergilah aku ngan ajiq ngan nurul(skandal ajiq yang terbaru) n tiya(skandal ajiq paling terbaru skali,paling latest)...sekarang ajiq da setanding si buhjan merol wei..taik tul...

(nie dedue skandal ajiq,dari kanan,nurul,aji n tiya)