Tuesday, October 28, 2008

- Happy Belated Birthday -

Tanggal 28 oktober aku ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Rumah Terbuka Ida Ddewi dan Efan Kemari. Perjalanan bermula pukul 12 dan tiba ke rumah ida pada pukul 2. lambat betul si efan amik aku Setiawangsa. Boleh dapat gaji setengah hari kalau bekerja jadi Pak Guard part-time.

Sampai sampai je umah Ida, terus aku terus makan makanan yang terhidang. Best betul parent Ida masak(Ida pown), Nasi Ayam n Samosa. Terbaik betul. Bertambah 2 pinggan. Jadi lepas makan berborak la ngan nenek dan Ibu ida tentang adat adat kahwin di Melaka dan Negeri Sembilan. Jadi berceritalah mereka pasal kisah dulu dulu.

Lepas lepas berborak tu, tup tup Wen dan Syida Ddewi datang, bila mereka datang ni, excited die hati aku ni lain macam. Mcm model datang usha lak. Hahahhahaha. So msg la si polan ni kata si Wen N Syida Ddewi ni datang. Pastu si polan ni balas balik msg ngan ayat ayat puitis. Naik menyampah je kitaorang bace(Geng2 HT). naik temuntah.(pehal cite pasal si polan lak nie..)

Pastu tak lama kemudian pergilah ke rumah efan lak. Bila sampai umah efan nie. Lepak lepak kejap. Pastu Ida pown sampai ngan Wen, tapi Wen ngan Syida nie terus blar. So bila Ida dan enfan ni masuk. Die bawak kek n hadiah tuk aku dan kengkawan. Ak masa tu tak tau. Ingat nak celebrate birthday pinky la. So rilek je. Skali si ida and efan ni kaci hadiah kat aku. So ak terkejut la, dapat hadiah so. So rupe2nye dieorang nak celebrate skali ngan sume sume orang. Sume dapat hadiah.

Bila dapat hadiah tu aku pown tgk la. Best dapat hadiah dari kengkawan. Feeling dia lain macam.so ak pown bukak la hadiah aku. Tengok hadiah aku byk berunsur nasihat kepada aku. Ak redha. Terima dengan hati yang terbuka. Dapat jam tentang bezday kawan. Dapat tabung untuk menabung untuk masa hadapan. Betul betul berguna untuk aku.

Yang paling penting nak aku ucapkan, ak terharu, nak nangis tadi tapi tak cukup feel. So tak boleh nangis la. Jadi gelak je. Ak suka sgt hadiah tu. Nak gantung kat bilik ak. Peringatan tuk aku. Kalo tak ingat gak bezday korang. Aku relakan ak dipelankong.tabung tu akan ku gunakan sebaik mungkin. Semua duit dari sumber yang halal je aku masukkan. Duit haram diharamkan untuk masuk kat tabung tu. Tabung lembu. Comel pown comel. Tapi tade rupa kerbau pendek. Boi kurang ajar. Nak kene lempang. Dah la selera budak sekolah..;p

Aku berharap sangat dapat balas budi baik korang.tak tau nak balas macam mana, tapi harap satu hari nanti dapat dibalas la. Aku paling suka hadiah jam Bezday memember aku. Memang ak simpan bebaik punya…tanks a lot to all my friends..nak taip nama sengsorang panjang….


certificate yang diberi oleh ida dan efan



hadiah yang pling digemari iaitu jam bezday memember..
(tak nampak click n view n tgk bebtui)



nie la hadiah aku daripada efan dan ida =tabung lembu
(kengkawan banyak mendatangkan suka duka, pahit manis dan asam garam dalam kehidupan, dan kengkawan boleh dicari setiap masa, tetapi hadir nya kengkawan yang bersama ketika kesusahan sangat susah dijumpa dan ku bertuah berjumpa kamu semua)

HATI TERUSIK(ruangan merepek)

Satu badan perwakilan mewakili individu individu yang “KECEPER”. Keceper ini bermaksud kecewa dalam percintaan, perhubungan,peng usha an dan lain lain yang berkaitan. Maka HT ini telah bertapak untuk menjadikan individu individu ini membina misi dan visi baru.

Selain daripada menjadikan individu ini pulih dari kelukaan mental dan fizikal. HT ini juga akan memberi nasihat nasihat kepada semua individu ini untuk membuat apa apa yang berkaitan dengan cinta. So mereka semua akan meluahkan perasaan dan berbincang sesame mereka untuk melakukan langkah langkah yang bijak untuk mengambil hati yang teristimewa.

Dan hari ini dengan ini. saya mewakili Ahli Ahli HT yang lain mengumumkan bahawa persatuan Hati Terusik ini akan bergiat akti mulai dari tarikh blog ini dikeluarkan. Persatuan ini akan bergerak aktif di Melaka berpusat di Bukit Beruang dan di Cyberjaya. Terima Kasih.

(KHAS UNTUK AHLI AHLI HATI TERUSIK)version Pencetus Revolusi Minda

Apa ertinya cinta?? Jika hadirnya dia hanya mengundang duka. Tetapi cinta mengajar manusia akan dewasa.mengajar kita cara sabar dan menempuh halangan. Tanpa cinta,masakan lahir kita ke dunia. Tanpa cinta kita akan hilang di dunia. Tanpa cinta tiada kehidupan yang mampu bertapat dan bercahaya.

Dan apabila manusia itu bercinta. Maka itulah lumrah biasa yang dialami oleh setiap manusia. Proses yang mematangkan dan membesarkan manusia. Dan terpulanglah kepada kita untuk menempuhnya dengan pelbagai cara.

Cinta tidak akan berputik tanpa mata yang melihat dan telinga yang mendengar. Dia hadir tanpa kita sedar. Dia akan merantai hati kita hanya untuk si dia. Dan kita akan berusaha untuk mendapat kan si dia. Dan apabila si dia menolak cinta kita.. adakah kita akan kecewa pada si dia atau terus berusaha mendapatkan si dia atau terus mencari cinta yang baru??pernahkah si dia memikirkan perasaan hati kita??

Adakah si dia saja buat tak tahu, atau tanak amik tahu atau memang tidak tahu akan cinta kita pada si dia???? Ya kita bercakap dalam penulisan, tapi adakah ia dapat mengubat perasaan rindu mata. Mata tidak dapat melihat si dia. Dan jiwa memberontak untuk melihat si dia. Becakap dlm penulisan tidak memadai.. betul betul tidak memadai. Aku berharap sangat dapat berjumpa..cukup lah sekadar seketika. Asal rinduku terubat,.dan biar dia melihat mata kita…melihat di dalam mata kita…

apa yang si dia cari, takan temukan di hatiku??apa yang si dia inginkan?? tak dapat lagi aku penuhi??mungkin aku tidaklah sempurna..tapi hatiku memilikimu sepanjang umurku..dan mungkin diriku tak dapat memiliki diri si dia sepanjang umurku..

Dan terus ku menanti, menanti dan menanti, agar dapat berjumpa si dia….menanti dan terus menanti....

(cetusan idea ini hadir ketika berbicara dengan syapik di dalam train Putra selepas baru balik beraya dari umah efand)

Sunday, October 12, 2008

Hak Keistimewaan Orang Melayu


Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum di dalam satu Negara. Kaum melayu, kaum India, kaum cina semua begabung ketika meminta kermerdakaan daripada British. Salah satu syarat pengabungan tiga kaum ini adalah kaum cina dan India harus mengakui hak keistemewaan orang melayu. Sebagai gantinya orang melayu akan menerima prinsip jus soli yang menyebabkan mereka mendapat kerakyatan Negara. Pada 13 Mei 1969, satu peristiwa hitam dalam Negara telah berlaku dimana belaku nya rusuhan kaum antara cina dan melayu. Ini menyebabkan kerajaan ketika itu telah merancang “Dasar Ekonomi Baru” bertujuan untuk mengagihkan hasil ekonomi Negara ke seluruh kaum dengan serata disamping menaikkan taraf hidup masyarakat melayu ketika itu.

Hari ini setelah 30 tahun setelah Dasar Ekonomi Baru dicipta, banyak kemajuan yang dapat dilihat di Negara ini. Kemajuan yang amat pesat hingga jika orang asing yang kali pertama tiba di Kuala Lumpur akan memanggil kita sebagai Negara maju. Walaupun Dasar Ekonomi Baru ini tidak mencapai kejayaan 100%, tetapi ia tetap melihatkan pembangunan.

Timbul satu kemusykilan di hati saya sampai bilakah Kaum kita ini akan bertahan dengan hak istimewaan orang melayu dan Dasar Ekonomi Baru ini?? Baru baru ini apabila Menteri Besar Selangor menyentuh tentang Isu pembukaan koata kemasukan ke Uitm bagi kaum lain. Ramai yang bangun dan membangkang isu tersebut. Saya sendiri begitu marah kerana MB Selangor ini tidak hormatkan hak yang telah termaktub di dalam perlembagaan Negara kita.

Di satu sudut lain terfikir saya adakah ini akan menyebabkan kaum kaum lain tersinggung dan cuba mendapatkan alternatif lain untuk berdiri di Negara ini. Jika saya berada di tempat mereka, saya juga akan merasakan benda yang sama. Kenapa saya tidak layak masuk ke IPTA hanya kerana koata untuk bumiputera yang begitu besar. Di satu sudut lain, yang lebih banyak saya fikirkan. Saya begitu suka ramai kaum bumiputera yang masuk ke IPTA ini. Ini akan menyebabkan kita lebih berpengetahuan untuk menjadi salah satu insan yang berjaya.

Saya juga merasakan semakin hari semakin ramai yang mempersoalkan hak keistimewaan kita ini. Dan apa yang paling menakutkan adalah jika timbulnya rusuhan kaum sekali lagi di dalam Negara ini hanya kerana kaum kaum lain berang dengan Hak Keistimewaan Orang Melayu ini. Saya begitu berharap bahawa perkara ini tidak berlaku tetapi sekiranya perkara ini berlaku, bersediakah kita (kaum bumiputera) untuk memansuhkan hak istimewa ini atau masih ingin ia berkekalan.

Jika dibandingkan kedudukkan bangsa dahulu dan sekarang, banyak perubahan yang telah kita kecapi, kita tidak tersekat hanya duduk di kampung. Ramai golongan melayu menjadi ahli perniagaan, pensyarah, dan jawatan jawatan penting di segenap sector. Tetapi kita tidak boleh begitu selesa dengan apa yang kita kecapi sekarang.kita mesti terus dan terus berusaha. Orang Melayu belum selamat. Kita masih dikategori di dalam bangsa yang lemah. Tetapi kita boleh beradadi jalan yang selamat, kita boleh majukan diri kita, kita boleh menebus sepenuhnya maruah kita, bangsa kita, jika kita sedar akan bahaya yang kita hadapi sekarang dan kita membuat persiapan untuk mengatasinya.

Kita fahami bahawa sesetengah orang melayu sendiri mencadangkan agar hak isitimewa ini dimansuhkan, saya akui banyak perubahan yang di alami oleh bangsa kita. Tapi hanya segelintir sahaja yang betul betul menikmatinya. Kita mesti pastikan bahawa seluruh orang orang bumiputera ini betul betul boleh berdiri di atas kaki sendiri baru kita boleh memikirkan untuk melakukkan pindaan. Saya sendiri pernah pergi ke sekolah di langkawi dan mengajar murid sekolah rendah tahun 5 disana. Alangkah sedihnya saya apabila apabila ditanya tentang ilmu asas mengira pown mereka masih tidak menguasainya. Saya begitu terkejut melihat perkara ini berlaku pada anak bangsa kita. Sedang semua orang berlumba lumba masuk ke universiti, mereka masih tidak pandai mengira dan mengeja. Bagaimanakah kehidupan mereka di masa hadapan kelak? Dan disini terletaknya tugas di bahu kita. Memastikan anak bangsa kita menguasai ilmu pelajaran yang secukupnya.

Ini membuktikan orang Melayu jelas belum selamat. Janganlah ingat kuasa orang Melayu dalam arena politik akan kekal selama-lamanya, akan menjamin keselamatan orang Melayu sampai bila-bila. Sedarlah tidak ada yang kekal dalam masyarakat manusia, sudah tentu tidak ada yang kekal dalam politik manusia. Ada bangsa yang tidak pernah bangun dan ada bangsa yang maju tetapi kemudian runtuh dan hilang dari muka bumi ini. Kita tidak bercita-cita besar untuk menjadi bangsa yang mulia, bangsa yang menjadi kuasa besar. Tetapi kita ingin terus bebas, merdeka dan tidak dihina, dijajah sekali lagi. Untuk ini pun kita perlu berjaga-jaga dan berusaha supaya bukan sahaja kekuatan politik kita dipulih dan dikekalkan tetapi kemampuan tiap seorang daripada kita dalam bidang tertentu, bidang ilmu dan kecekapan perniagaan dan perusahaan dipertingkatkan sehingga dapat kita menghadapi dan mengatasi segala saingan dan cabaran secara bersendirian. Dan apabila kita berjaya kelak saya yakin ia juga memberi impak kepada pandangan masyarakat dunia terhadap agama islam itu sendiri, seperti diketahui, melayu majoritinya beragama islam dan apabila kita berjaya ia memberi impak juga pada agama. yang penting semuanya mesti bermula dengan niat yang baik, berjuang demi agama dan bangsa, dan apabila kita telah berusaha. Kita berserah pada illahi dan biar DIA menentukannya. Saya rasa ALLAH tidak akan mensia siakan doa orang yang beriman dan berusaha dengan keras.Kita mesti berusaha, kita tidak boleh mengharapkan koata dan hak keistimewaan semata mata. Kita mesti berjalan sendiri. Biasakan berdiri dan berjalan tanpa menggunakan tongkat. Orang kita mesti menjadi master of themselves. Kita jadikan diri kita berupaya tanpa berharapkan hak istimewa ini. Ia memakan masa, tapi jika kita rajin. Berusaha dan terus berusaha. Saya yakin kita mampu menyaingi bangsa bangsa lain yang telah maju.
(Saya tidak bermaksud untuk menghina bangsa sendiri, tetapi hanya menyampaikan apa yang rasa patut direnungkan...)


Friday, October 10, 2008

- melayu owh melayu -


BANGSAKU MELAYU
. Ada sesetengah kengkawan bangsaku takut nak mengaku melayu.kerana ade campuran arab katenye,ade campuran bugis la katenye. Padahal terpampang besar di muka itu orang melayu.kulit kulit melayu, cara percakapan itu orang melayu, apabila tanak mengaku melayu. Maka perjuangan adelah untuk orang islam sahaja tanpa berfikir sebenarnya begitu senang untuk berjuang untuk agama islam .tak telintas ke kat pemikiran korang bahawa kat Malaysia ni hampir 90 peratus melayu adalah beragama islam dan korang korang nie yang tanak mengaku melayu adelah islam yang berbangsakan melayu. Itu hakikatnya.akhirnya perjuangan yang mula nya untuk agama bangsa dan tanah air berubah menjadi perjuangan untuk diri sendiri. Jalan yang mula dicipta untuk agama ini. Sungguh cantik. Takda cacat cela pown. Idealoginya begitu indah sampai aku pown terpikat. Tapi bila ak masuk, baru lah tempampang kenyataan sebenar. Indah khabar dari rupa.
Hampir 2 setengah tahun ak memegang satu jawatan di luar kerana bangsaku melayu. Ak cuba mengubah persepsi bangsa. Mencipta sesuatu untuk orang orang kita. Membuka peluang perniagaan dengan bantuan kewangan yang terhad. Tapi semua menemui jalan buntu. Ape yang di rancang semuanya akan menemui kegagalan kerana satu sebab.TAMAK. tamak kerana hanye mempunyai kuasa dan pangkat. Semua dieorang nak bolot. Apabila keuntungan dapat semua orang di atas mesti rasa. Semua mesti dapat. Apabila yang atas semua nak dapat. Akhirnye yang tinggal untuk orang bawah hanye tulang je la.daging semue dieorang di atas da rembat. Pastu marah dan marah, dihadapan kemana perginye duit duit ini, padahal dah kenyang perut makan dibelakang.Ini lah perbezaan kita dengan kamu cina.bukan nak ak nak banggakan kaum ini.tapi dieorang sabar,tak tamak, bijak merebut peluang, mempunyai semangat perkauman yang tinggi.dieorang akan tetap melebihkan kaum dieorang walau macam mane pown, memberi peluang pade bangsa bangsa dieorang membangun. Dan apabila sorang da bangun. Dibangunkan nye sorang lagi. Die tak kaye dahulu,dieorang tade tanah disini dahulu, ape sebab dieorang boleh berjaya???sebab dieorang tahu dieorang kena berusaha. Kalau tidak dieorang akan ditindas. Mereka tetap melebihkan kaum mereka kalau berniaga, lihat sahaj di sesuatu kawasan, semua nya kaum mereka. Kalau hadapan kedai makan. Belakang kedai alatan runcit. Semua nya dikuasai oleh cina.tapi kita dimana???di pub, di disko, jual dadah. Memacam..nak cepat kaya..akhirnya ke tali gantung n penjara. kita menyusahkan orang lain dan kita pown takan maju.

Apabila kaum cina ini berniaga, kaum dia akan tetap melebihkan kaum dia.tak kesah macam mana pown, dia akan berniaga hanya dengan kaum dia sahaja.dia akan cuba meguntungkan kaum dia,dan kaum dia yang akan naik.Tapi kita, orang melayu, kalau kerana bencikan seseorang melayu, dijatuhkannye sampai tesembam di tanah. Sampai nak bangun pown tidak terdaye. Padehal perkarenye kecik. Di perbesar besarkan hingga ke pelosok kampong tentang si polan dan si polan ini. Akhirnye si polan ini dibenci, dan si polan yang dibenci pula menghasut si polan yang lain, maka bergaduh la si polan ini dengan si polan yang lain, jadi bangsa kite yang rugi. Da lah tak kaye, tak pegang ekonomi, berpecah belah pulak tu. Sampai ke kiamat pown tak akan bersatu. Dan susah orang kita nak meniaga kerana di sabotaj sendiri oleh bangsa kita. Buang sifat dengki sesama kita. Bangun kan bangsa kita wahai saudara sesame islam. Kita semua sama, tiada bezanya, yang membezakan kite adelah umur, hormat, dan pengetahuan, tak semestinye kite berkuasa, mempunyai pangkat, apa yang di perkatakan kita dan perbuatan kita adelah betul dan benar sama sekali. Tidak tidak. Kengkadang kaum muda betul dan benar dan kita harus mendengar idea idea dari akar umbi ini juga. Kamu sendiri yang berkata “tiade adik adik, tiade teciptanya abg,tiade abg yang memupuk adik, tiade ayah”di hilang nye slogan ini. Atau ia hanye slogan yang menyedap kan telinge??


Orang melayu terkenal dengan kata pujangga “takkan melayu ilang di dunia”. Memang la tak akan melayu ilang di dunia tapi adekah kita bekuasa di muka bumi ini??selama 2 tahun ini banyak perancangan perancangan yang besar yang dirancang. Itu ini, sane situ.tapi tiade pekembangan. Bila ditanya, akan dilaksanakan.tapi bila. Tak tau? Si dia kata si dia, dan si dia kata si dia dia. Menuding jari antare satu sama lain. Angan angan besar. Ingin menjadi sebuah empayar ekonomi melayu terbesar di malaysia. Tinggi cita cita. Tak terkapai dek tangan. Bukan kerna kita tak mampu. Kita mampu. Tapak dah ada, tanah dah disediakan. Cuma hanye menunggu orang orang kita ni datang mencari bahan dan membina rumah sahaja.Ak yakin kita mampu. Kita bukan bodoh, kita same je ngan cina cina nie.ak tak percaya orang melayu tak mampu meniaga.kalau orang melayu tak mampu meniage.kenape wujud jutawan syed al – bukhari, mustapa kamal dan lelain.. orang kita sama je ngan bangsa lain. Cuma kita malas, hanye merancang tapi tak melaksanakan. Sampai bila kita hanya merancang??kalau tak laksanekan itu lah orang kate angan angan mak jenin..kita harus merancang di samping melaksanekan. Sampai bila kita hendak berada di takok lame wahai rakan seperjuangan..sampai bila??hari ini jika kita berusaha, kita melangkah, selangkah beerti mara. Mengharung sejuta dugaan.
Kerana jalan tidak semestinya lurus, kenkadang bersimpang ataupun belubang. Dan ia terletak di bahu kita untuk meneruskan perjalanan itu macammana. Adakah kita akan duduk di petengahan jalan untuk menunggu bantuan atau meruskan perjalanan itu dengan tabah??
Dan ak percaya orang kita boleh jika kita berusaha dan terus berusaha.merebut peluang. Kita boleh lakukan. Jangan mudah putus asa, tamadun melayu melaka tidak dicipta dalam masa setahun. Ia mengambil masa untuk berkembang. Begitu juga dengan tamadun tamadun islam yang lain.ia terpulang kepada kita sahaja. Adakah kita ingin berjaya atau tidak.ingin membuka satu jalan yang lebih mudah untuk bangsa kita di masa akan datang. Disini kita akan melihat dimana kewibawaan orang melayu.di mana cekalnya semangat orang kita..kita hendak berada disudut kegemilangan atau hanya ingin kekal berdiri di paksi lama hanya sekadar mengharap orang memberi dan kita meminta. Tepuk Dada Tanyalah Selera.

(NUKILAN INI BERDASARKAN DARI SATU PANDANGAN YANG KECIL PENGETAHUANNYA TENTANG PERNIAGAAN DAN BERDASARKAN PEMERHATIANNYA KEPADA 3 KE 4 BUAH PERSATUAN DI NEGERI NEGERI MELAKA)

!!!!!!![Pencetus Revolusi Minda]!!!!!!!

!!!!!!!11 october 2008 !!!!!!!

NIE la Pemangkin semangat aku!!!!!!
uncle JOHN n YAMIN HANIE

Genap usia ak berumur 20 taun pabila menjelang detik 12 mlm 10 oktober tadi.. taun nie bezday disambut dengan membaca buku dan mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi final. Tahun sebelum sebelum ini abes final baru sambut bezday..so tade la tepung taun.(memang tak penah ade pown selepas irfan and lelain blar cyber)

Time kasih kengkawan kerna mengingati bezday ak. Ak pelupe. Tak suke ingat bezday orang. bukan tande tak sayang kalau tak ingat bezday membe. Tapi ini sudah menjadi lumrah hidup aku, orang paling kite sayang lah. Yang paling susah untuk disayangi. Jadi jangan terase, jangan sdey,jangan terase hati kerana sebab ak tak ingat bezdey kawan. Aku tak harap adiah pown, sekadar ucapan je yang menjadi bekalan.ak sekadar menanti kengkawan kengkawan yg lain memberi ucapan. Kalo dieorg lupe ak pown tak kesah. Pasal ak slalu lupe bezday orang len gak. So fair la tu.certain certain orang yang korang katekan ak slalu “ingat ingatkan tu”.ak akui.die ade istimewa sikit.sikit je la.tak banyak pown.jangan la hine ak,marah ak,banding bandingkan.ak marah sgt.tak suke orang membanding bandingkan nie.seyes. bezday orang nie cukup susah ak nak ingat, buat reminder pown tak jalan gak. Sal handset yg buat reminder tu da ilang. Taik tul. Pasal tu la ak lupe bezday sapit. Bukan sengaje, tapi kesilapan teknikal. Ak bab bezday orang memang susah, tapi kalo bab no telephone orang, ak cukup punye hafal. Tapi bab hafal bezday orang. Cukup lemah. Kalo masuk final kompem fail. Masuk supp pown fail gak.. sampai lecturer naik benci agaknye tengok ak nie.jadi maafkan lah ak ye. Tak ingat bukan tande tak sayang. Tak ingat bukan tande tak rindu..

Genap 20 tahun umur ak. Visi dan misi ak dari ak abes form 5 sampai sekarang tak tecapai capai.sambung lagi visi dan misi ak bersame pasukan Hati Terusik (HT) pown tak berjaya jugak.orang len dalam persatuan sume ade perkembangan perkembangan yang positif.ak je masih berada di takok lame.kalo kate tade yang menangkap mate tipu lah.tapi mane nak tecapai misi.selera tajam macam buaye. Pisaunye tumpul, hendak berlawan untuk mendapat hati naga. Tak ukur baju pada badan sendiri.Jadi memang kalah lah. Tapi kalau kite berusaha dan terus berusaha, pasti buleh berjayekan..cume ak nie tak tau ape usahe nak dibuat.pasal tak pandai membuat langkah yang pertama. Mungkin belum sampai mase lagi kot. Atau aku yang masih tak bersedie untuk melawan arus visi dan misi nie kot. Tapi ak pastikan ak berjaya satu hari nanti..ak mesti dapat cakap pada si dia. Semestinye…aku percaye!!!!

Genap usia ak 20 tahun ak, ak nak buat sesuatu dalam hidup ak, ak nak berjuang demi bangsa ak, demi menunjukkan pade orang yang ak boleh buat sesuatu, ak gembira betul bila melihat PAK Lah melepaskan jawatan pada bulan march.ekonomi Negara dalam keadaan sesak sehinggakan ak sendiri tak boleh membayang kehidupan ak lagi 3-4 tahun selepas ak graduasi kelak(arap abes cepat!!amin…)..ak inginkan perubahan..aku ingin mengubah persepsi orang ak demi bangsa ak..ak yakin ak boleh buat sesuatu..tak semstinye menghunus pedang atau pistol.zaman nie bukan zaman penaklukkan lagi.zaman ini zaman menguasai minda. Hanye dengan memperngaruhi minda orang lain, kita pasti berkuasa selain dgan harte benda dan penting personaliti yang baik.pasti kita dipuja. Bangsa ku masih befikiran tertutup, berada dalam dilemma. Berpecah belah hanya kerana perbezaan pendapat pemimpin pemimpin yang gilakan kuasa.memikirkan diri sendiri tanpa berjuang untuk bangsenye..tidak memikirkan anak cucunya nanti yang akan merempat di Negara sendiri.


ak tak tau ape yang mengumbirakan ak ari ini..kawan karib ak semua wish awal kat aku.

tanks a lot guys...nie ade sedikit gamba gamba sambutan bezday ak ritu.bezday anak buah ak adelah 1 october ritu. so kiteorang celebrate skali..sambutan yang agak meriah gak.. sambut kat Johnny JJ jew..
kek lemon cheese...sedap sedap

potong kek!!!!