Wednesday, March 25, 2009

KJ Menang, UMNO Berubah Atau Rebah???

Ternanti nanti siapakah Ketua Pemuda UMNO , dan jawapannya Khairy Jamaludin..
Orang yang disabitkan dengan kesalahan rasuah tetapi masih dibenarkan bertanding dan menang pulak tu...
UMNO sudah berubah atau sudah rebah???bagi saya UMNO berubah kerana sanggup memilih orang yang da terbukti merasuah, dan UMNO menunggu masa untuk rebah. tetapi terpulang kepada kebijaksanaan Presiden UMNO ke tujuh membuat keputusan untuk memasti UMNO terus relevan atau terkenal ngan sebuah parti mementingkan rasuah sahaja.... tunggu dan lihat..

(kecewa dengan keputusan Ketua Pemuda UMNO, mula terfikir adakah pembangkang lebih baik???ataupun UMNO lebih baik?? Makin pening untuk berfikir…)

Monday, March 16, 2009

UNTUKMU ADUHAI, NEGERIKU by Marsli N.O

Tidak pernah kulupakan namamu, aduhai negeriku,

Negeri yang pernah merentas seribu pahit peristiwa,

Dan akhirnya tegak menjadi perkasaBersama mercu tanda serta wawasan pemimpinnya,

Megah setanding kini di tengah peta dunia,

Bergema suara mengacungkan sikap serta percaya,

Menjadi bukti bangsa merdeka, berdaulatnya negara,



Aduhai negeri segala tumpah cinta dan setia warga,

Kalau dari kami kembali dipinta seribu pengorbanan,

Tanpa soal hati memberi penuh kerelaan,

Kerana seperti kobaran api kau selalu marak di dalam kenang,

Dan nama demi nama para pahlawannya yang terbilang,

Meski bersemadi kini di tanah-tanah lindap bernama perkuburan,

Tetap kami sanjung dengan harum penghargaan,

Kerana budi dan jasa yang telah dicurahkan,

Kini mewariskan tanah gemilang,

Yang dimekarkan dengan harap serta kepercayaan,

Berani dan yakin bangsa merdeka, berdaulatnya negara,



Memang, kemerdekaan selalu menuntut pengorbanan,

Dan kalau sesekali kembali terdengar hasut serta laungan,

Tidak mudah hati kami memberikan percaya terhadap segala bicara,

Betapa, manisnya di luar tetapi di dalam pekat bersalut tuba,

Dan dari almanaknya, sejarah serta ribuan peristiwa,

Telah sejak lama mengajar kami menjadi warga lebih dewasa,

Betapa, leburnya sebuah negara tidak lain bila setia warganya,

Dicemar haloba dari hati bercabang para petualang,



Tidak pernah kulupakan namamu, aduhai negeriku,

Negeri yang pernah merentas seribu pahit peristiwa,

Dan akhirnya tegak menjadi perkasa,

Betapa, jutaan hari yang kami lewati bersama,

Semakin mengentalkan kasih cinta,

Dan kalau dari kami kembali dipinta pengorbanan,

Tanpa soal hati memberi penuh kerelaan,

Kerana kemerdekaan ini memang selalu menuntut pengorbanan,

Meski keranamu nyawa terpaksa kami galang,

Itulah tekad dan sumpah kami berikan,



Untukmu, Aduhai Negeriku.....



(terima kasih kepada nora, yang memberi saya laman web untuk mencari sajak ini..sajak yang menyebabkan saya tersenyap sebentar untuk memahami kata katanya yg sungguh bermakna bagi saya...terfikir sebentar adakah saya seperti apa yang sajak ini katakan....)

Sunday, March 15, 2009

Sekadar Renungan

  • Semlm pergi ke majlis “Malam Kebudayaan” anjuran PBMKM di Main Hall atas jemputan Presiden kelab tersebut.. Suatu majlis yang meriah. Tetapi kedatangan nya agak hambar bagi saya. Tapi apa apa pun ketika terdengar deklamasi sajak bertajuk “negeriku” ini. terlintas dalam fikiran nak menulis tentang budaya Melayu ini, mari saya berkongsi antara kata kata yang saya rasa indah untuk di renungi

  • “Takkan Ku Lupa Negeriku” dari sajak negeri ku karya Masli No

    “Akan ku junjung Budaya Bangsa, Budaya Bangsa Kita Julang,"
    "jadi Paksi Masyarakat Kami”
    dari Dikir Barat Sekolat Menengah Teknik Bukit Katil


    “Dengan Duit Kita Jadi Mudah”
    “Dengan Seni Kita Jadi Indah”
    “Dengan Agama Kita Jadi Terarah”

  • Di dalam kita mencapai arus pemodenan ini. semakin hari semakin kita lupa akan budaya budaya kita yang indah untuk di terapkan dalam kehidupan seharian. Kengkadang kita jadi malu untuk mempromosikan budaya kita di mata orang. Sedang sekiranya budaya jika kita naikkan di mata dunia, budaya akan menyebabkan kita makin dihormati. Satu contoh yang amat terbaik, Jepun terkenal dengan semangat”Samurai” mereka. Hingga di Perang Dunia Kedua pun mereka menerapkan semangat Samurai hingga menyerang Kapal Kapal Perang Musuh dengan mengorbankan nyawa mereka. Hingga mereka begitu digeruni oleh pihak musuh. Samurai terkenal dengan sifat tak kenal erti kalah, kerana itulah Jepun selepas kekalahan dalam Perang Dunia Kedua, mereka bangkit semula dengan cepat dan bergelar Negara Moden dalam masa 20 tahun.

  • Bukan semua budaya baik untuk dituruti, saya akui, sekiranya Budaya Melayu yang suka Taat membuta tuli ini jika menjadi ikutan, mungkin kita tidak akan merdeka sampai sekarang. Maka perlunya kita membanding dan seperti peribahasa” Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih”. Tetapi hari ini minda kita di jajah oleh orang orang barat ini. hingga kita menganggap budaya kita ini kolot dan lapuk di telan zaman. Kita waris Melayu di bumi ini. jangan hilangkan budaya kita yang indah di persada dunia. Maka inisiatif untuk memartabatkan budaya melayu ini amat saya sokong. Jepun sering melaungkan “Banzai” dan menerapkan senaman traditional "tai-so" mereka sebelum memulakan pekerjaan di sana dan dibawa kemana mana pelosok hinggalah di Malaysia. Kita ini hendak melaungkan “Malaysia Boleh” pun di anggap benda yang memalukan dan kita sendiri tak kenal alatan alatan tradisional Melayu…

  • (bukan untuk menghina orang lain, tetapi menasihati diri sendiri agar tidak tersilap langlah lagi.. sedang mencari sajak Negeriku..kerna kata katanya indah untuk diamati dan direnungi…kalau ada nanti akan dikongsi bersama..weee)


Friday, March 13, 2009

Institusi Raja Raja Melayu

Banyak hal hal tentang institusi institusi raja, hak keistimewaan melayu dan kuasa orang melayu mula dipersoalkan oleh ramai pihak.. sedang kita sibuk dengan ekonomi dunia yang makin kian merudum dek kejatuhan ekonomi ekonomi kuasa besar. Kita masih bertelagah tentang politik dan kepentingan individu individu tertentu.

Isu ketuanan Melayu dan insitusi raja raja Melayu amat banyak memenuhi sidang akhbar kita. Banyak berita tentang penghinaan Sultan Sultan Melayu disuarakan secara terbuka. Bagi saya, yang paling menyedihkan apabila orang Melayu sendiri menghina Sultan Sultan Melayu ini. Lambang Melayu yang paling gah dan disanjung dihina dan dicerca di khayalak ramai. Sedang kaum kaum lain mengagung agungkan dan menjaga lambang lambang masyarakat mereka, kita sendiri ingin merobek dan menjatuhkan lambang kita. Saya akui kita pernah mempersoalkan kesultanan Raja raja Melayu suatu ketika dahulu, tetapi ketika itu Institusi Raja ini begitu bongkak dan takbur akan kekuasaan mereka. Sehingga mereka menggunakan kuasa mereka hanya untuk kepentingan mereka sendiri. tetapi hari ini yang berlaku amatlah berbeza, mereka membuat keputusan hanya kerana sayangkan rakyat mereka dan membuat keputusan mengikut prosedur dan memperkenankan sahaja. Pertelingkahan ini hanya menyebabkan semakin ramai Melayu ini berpecah belah dan merosakkan bangsa kita sendiri. Kita terkenal ngan ketaatan kita, Tuah sangat sayangkan Sultannya hingga membunuh rakan baiknya sendiri. hanya demi menyelamatkan maruah dan kepentingan rajanya sendiri. tetapi hari ini kita bukan berada di situasi itu. Kita hanya berada di persimpangan antara dua fahaman politik yang berbeza.
Kita banyak mendengar sejarah sejarah Melayu lama, kenapa kita mundur, lemah, terpinggir, terpencil, berpecah dan ketinggalan dari bangsa lain. Dan hari ini kita ingin kembali semula ke zaman itu sedangkan kita masih mempunyai peluang untuk maju kehadapan lagi. Maju dan membangunkan bangsa kita, membawa mercu tanda islam yang dihormati oleh dunia. Amati sejarah Islam kita punca jatuhnya kerajaan Islam terdahulu, kita lihat kejatuhan Iraq, suatu kuasa besar ekonomi dunia suatu ketika dahulu. Mereka jatuh hanya akan kerana mereka berpecah kepada dua puak. Sunni dan Syiah. Begitu juga di Afganistan, terbahagi kepada dua puak yang berpecah. Dan paling terdekat adalah di Bumi Palestin sendiri, Hamas dan Fatah. Hari ini, orang arab di padang pasir mencium dan menghambakan diri pada orang orang barat ini.Ini senjata barat yang paling mudah, melihat perpecahan dan mereka yang akan mengapi apikan lagi perpecahan mereka. bukan kerana kita tak mempunyai kekuatan, tetapi hanya kerana terpecah kepada fahaman fahaman yang berbeza, kita mempunyai populasi yang banyak di dunia ini, hampir satu pertiga dari populasi masyarakat dunia dan kita mempunyai ramai jutawan Islam yang boleh membangunkan dunia islam kita.dan jangan la kita berpecah pada berpuak puak.. kembali la kepada yang betul.. bersatu lah….Dan hari ini kita lihat ia sedang berlaku di Negara kita, adakah kita akan berpecah atau bersatu,terpulang la pada kita sendiri untuk menentukan jawapannya. Sedang di England dan di Jepun, mereka begitu mengagungkan Raja Raja mereka. Kita hari ini sendiri ingin menjatuhkan martabat kita di mata dunia.. malu nya!!!!!
(Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa, Melayu Mudah Lupa..sajak yang dibacakan oleh mantan perdana menteri di perhimpunan agung UMNO pada tahun 2001..)