Friday, March 13, 2009

Institusi Raja Raja Melayu

Banyak hal hal tentang institusi institusi raja, hak keistimewaan melayu dan kuasa orang melayu mula dipersoalkan oleh ramai pihak.. sedang kita sibuk dengan ekonomi dunia yang makin kian merudum dek kejatuhan ekonomi ekonomi kuasa besar. Kita masih bertelagah tentang politik dan kepentingan individu individu tertentu.

Isu ketuanan Melayu dan insitusi raja raja Melayu amat banyak memenuhi sidang akhbar kita. Banyak berita tentang penghinaan Sultan Sultan Melayu disuarakan secara terbuka. Bagi saya, yang paling menyedihkan apabila orang Melayu sendiri menghina Sultan Sultan Melayu ini. Lambang Melayu yang paling gah dan disanjung dihina dan dicerca di khayalak ramai. Sedang kaum kaum lain mengagung agungkan dan menjaga lambang lambang masyarakat mereka, kita sendiri ingin merobek dan menjatuhkan lambang kita. Saya akui kita pernah mempersoalkan kesultanan Raja raja Melayu suatu ketika dahulu, tetapi ketika itu Institusi Raja ini begitu bongkak dan takbur akan kekuasaan mereka. Sehingga mereka menggunakan kuasa mereka hanya untuk kepentingan mereka sendiri. tetapi hari ini yang berlaku amatlah berbeza, mereka membuat keputusan hanya kerana sayangkan rakyat mereka dan membuat keputusan mengikut prosedur dan memperkenankan sahaja. Pertelingkahan ini hanya menyebabkan semakin ramai Melayu ini berpecah belah dan merosakkan bangsa kita sendiri. Kita terkenal ngan ketaatan kita, Tuah sangat sayangkan Sultannya hingga membunuh rakan baiknya sendiri. hanya demi menyelamatkan maruah dan kepentingan rajanya sendiri. tetapi hari ini kita bukan berada di situasi itu. Kita hanya berada di persimpangan antara dua fahaman politik yang berbeza.
Kita banyak mendengar sejarah sejarah Melayu lama, kenapa kita mundur, lemah, terpinggir, terpencil, berpecah dan ketinggalan dari bangsa lain. Dan hari ini kita ingin kembali semula ke zaman itu sedangkan kita masih mempunyai peluang untuk maju kehadapan lagi. Maju dan membangunkan bangsa kita, membawa mercu tanda islam yang dihormati oleh dunia. Amati sejarah Islam kita punca jatuhnya kerajaan Islam terdahulu, kita lihat kejatuhan Iraq, suatu kuasa besar ekonomi dunia suatu ketika dahulu. Mereka jatuh hanya akan kerana mereka berpecah kepada dua puak. Sunni dan Syiah. Begitu juga di Afganistan, terbahagi kepada dua puak yang berpecah. Dan paling terdekat adalah di Bumi Palestin sendiri, Hamas dan Fatah. Hari ini, orang arab di padang pasir mencium dan menghambakan diri pada orang orang barat ini.Ini senjata barat yang paling mudah, melihat perpecahan dan mereka yang akan mengapi apikan lagi perpecahan mereka. bukan kerana kita tak mempunyai kekuatan, tetapi hanya kerana terpecah kepada fahaman fahaman yang berbeza, kita mempunyai populasi yang banyak di dunia ini, hampir satu pertiga dari populasi masyarakat dunia dan kita mempunyai ramai jutawan Islam yang boleh membangunkan dunia islam kita.dan jangan la kita berpecah pada berpuak puak.. kembali la kepada yang betul.. bersatu lah….Dan hari ini kita lihat ia sedang berlaku di Negara kita, adakah kita akan berpecah atau bersatu,terpulang la pada kita sendiri untuk menentukan jawapannya. Sedang di England dan di Jepun, mereka begitu mengagungkan Raja Raja mereka. Kita hari ini sendiri ingin menjatuhkan martabat kita di mata dunia.. malu nya!!!!!
(Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa, Melayu Mudah Lupa..sajak yang dibacakan oleh mantan perdana menteri di perhimpunan agung UMNO pada tahun 2001..)

4 comments:

nina lee said...

omg bob...pnjang gile...wahh..haha..bgus2..
sbenarnye ak x bace smpai abis..
haha..

pencetus revolusi minda said...

niena niena
ape la ko nie...
bace la sampai abes abes..
pastu kc la kritikan ko..
cett

_ said...

Islam dah berpecah,apatah lagi melayu. Ulama , raja dan pemimpin di hina terang-terangan. masing2 bagai tiada adab dan moral yang mana Islam dan budaya Melayu menyanjung tinggi nilai-nilai murni tersebut. kita semua umat akhir zaman. Hanya sikap dan perlakuan kita yg membezakan baik buruk kita. Perjuangan abadi Islam dan Melayu makin lama makin pudar di hati anak2 bangsa dan saudara seagama..
apa yg kita mampu lakukan..?

pencetus revolusi minda said...

to shahmi

apa yang kita mampu lakukan??
persoalan yang terbaik...
memang kita umat akhir zaman...
tetapi adakah kita akan duduk senyap dan hanya melihat dan menyerah pada takdir???

atau

berdiri lantang bersuara, menyuara
dan menegakkan apa yang perlu
ditegakkan dan membetul apa yang perlu dibetulkan atau hanya duduk
dan berdiam????
da tiba kita bersuara wahai saudara

Allah tidak akan mengubahkan nasib umatnya kalau umat itu tak berusaha untuk mengubah nasib nya sendiri...

kalau bukankita mulakan, siapa lagi????jangan berharap bulan jatuh ke riba, tapi kita sendiri berusaha pergi ke angkasa...