Friday, February 6, 2009

Desa Tercinta 09


(trademark Chuping, Perlis..Bukit Chuping)

Antare kisah tahunan kehidupan aku sebagai seorang pelajar……


Memang best la tahun nie best kerana aku pergi ke satu negeri nun di utara..kalau dulu tempat idaman adalah Gurun dan Tikam Batu di utara. Kali ini aku maju ke negeri Perlis Indera Kayangan di tempat benama Kg Balik Guar. Satu tempat yang cantik dan tenang dari kesibukan duniawi. Tahun ini termakbul niat nak dapat bapak angkat yang sebenar. Dulu mase kat Rembau dapat atuk, di Langkawi dapat abang angkat lak, tahun dapat bapak angkat yang aku panggil ABAH!!! Name die Pak Wan.. orang pembangkang nie..OPPSSSS..Jangan cerita sal politik..takut kena tangkap la….:p



(ngan ayah angkat..abah aka Pak Wan,duang,abang amir)





Banyak pengalaman baru aku dapat belajar disana, terutama permasalahan orang orang melayu yang agak ketara disana… perbezaan fahaman menyebabkan mereka dengki sesame mereka yang amat kritikal walhal sesame sedara sedarah daging.. ini yang paling menyedihkan sekali dimata aku..sifat dengki yang tidak bekesudahan ini.. tapi di Kg Balik Guar, mereka amat mementingkan kerjasama, tengok pada gotong royong, kenduri sekampung dan family day yang kiteorg anjurkan..mereka membantu seikhlas yang boleh.. amat best..tak pernah lihat kerjasama yang amat best sesame kampong ni…seronok die lain macam..feel die lain sikit… aku dan abah bersama sama orang kampong yang lain bersiap memotong rumput di padang..berkerjasama menyiapkan tugas…terbakar kulit aku yang sememangnya hitam ni…


(Desa Tercinta comitee and participant)


Aku tak dapat turun ke bendang untuk bermain..satu yang paling aku kesalilah..tak dapat main layang layang, tak dapat amik gambar di tengah tengah bendang kerna sibuk dik tugasan tugasan yang banyak....tak dapat merasakan kehidupan petani membajak sawah(yang ni pasal datang tak kena time)..tapi tak kisah kerana aku pergi untuk berbakti untuk orang kampong..moto kami adalah “Kepuasan Orang Kampung Keutamaan MMU”…aku dimarahi kawan kawan aku di sekitar Kedah kerana tak singgah disana..agak menyedihkan..dieorang ingat aku g honeymoon agaknye..taik tull..free free kene makian..tapi tape sal aku membalasnya dengan 10 kali ganda makian..jadi berbaloi la..


(bersama dengan Menteri Besar Perlis,Dr Mat Isa Sabu)



Tapi usaha yang dibuat untuk menjayakan program ini tak mendapat kesan positif dari semua pihak..mungkin kerana kelemahan kita yang merupakan kekuatan bagi sesetengah pihak ni yang menyebabkan kitaorg dibidas sepekat pekatnya..kalah air kopi cap kapal api nya pekat…tapi mungkin ini dapat kami perbaiki tahun hadapan..kritikan amat diperlukan dalam satu perjalanan.. kerana manusia ini tak sempurna..kita tidak akan sentiasa berjalan di tempat yang betul…kesalahan pasti akan dilakukan dan kritikan kritikan inilah yang membetulkan perjalanan kita itu..menyebabkan kita menoleh ke belakang untuk melihat kesilapan kita dan membetulkan ketika kembali meneruskan perjalanan.. manusia memerlukan kritikan, dan ini sangat aku mengerti…”critic is a stepping stone to success”…

Tapi disini bagi aku kritikan kritikan ini tak begitu efektif.. kerana tahun hadapan barisan pimpinan DT ni akan berubah dan kemungkinan besar kesilapan yang sama akan berulang.. kerana tak semua orang yang sama akan menerajui kapal itu..maka lain kepimpinanan lain cara dan kerana itu post mortem tak begitu berkesan bagi program ini bagi aku, mungkin akan berlaku sedikit perubahan tapi kemungkinan besar kesilapan kesilapan lain akan muncul..maka ia tidak akan dapat menjadi sempurna seperti yang diharapkan…bagi aku kesempurnaan itu boleh dicipta jika barisan kepimpinan dan bawahan nya masih sama dan masih menerajui lagi program itu..ini adalah pandangan kecil dari orang seperti aku..maka mungkin tak begitu tepat kerana pendapat aku mungkin berbeza dengan orang lain..apa yang aku ingin perkatakan yang penting nya adalah setiap program yang kita anjurkan pasti ada kecacatannya dan terpulanglah kepada kita untuk menerima kecacatan itu sebagai kelemahan kita sendiri atau akan terus menuding jari kearah lain kerana kecacatan itu…mengkritik amat lah senang tapi membuat adalah susah..kritikan penting bagi membetulkan manusia..jangan menyalahkan orang lain kerana kesilapan diri sendiri…bukan untuk menghina orang lain..tapi sebenarnya untuk mengingatkan diri sendiri tentang kelemahan diri ini..

Terima kasih kepada semua orang yang menjemput aku menyertai program tahun ni..tahun depan jika dipanjangkan umur, mungkin sertai lagi program ini..best..nak dapat ayah angkat banyak banyak!!!! Senang nak pergi tempat orang lain!!!weeee..aku menyusun sepuluh jari untuk memohon maaf kepada director wan najmudin.. ketua sports aku Juza, yang ni kena highlight sikit sal die ketua yang best…menerima aku seadanya kerana kesilapan aku yang jarang ke meeting dan kelewatan menghantar kerja kerja hingga dimarahi akashah…tapi memandangkan aku da mencapai umur 21 tahun ni..maka aku akan mengubah sikap aku ni.. meeting semua aku akan datang n task sume aku siap on time..insyaallah!!! membuat ko terase kerana tak betegur sapa ngan ko..mintak maaf sesgt..kelemahan aku yang tak dapat ditutup lagi…tapi kalo aku bercakap kang..takut bukan ngan mulut..tapi ngan kaki ngan tangan…hahahaha..lain lak jadinya…jadi memohon maaf la..kepada rakan rakan lain..mintak maaf sesgt kalau buat silap…

(Buruk datang dari diri ini dan baiknya semua datang dari ALLAH S.W.T……)

3 comments:

PeJun said...

bagus Bob !!!! kitaorang yg turun ke sawah pun tak dpt g membajak..takpe..bln 6 nie..musim menabur benih..so, ade chances nak tgk n fell membajak sawah..

aku setuju bngat ngan ko nyer pendapat..aku akan terus support for next DT cause next one is my last ever DT in MMU....

IdadDewi said...

weyyy! asal gmbr ko xleh klik!!!! gle kecikkk! nak tgk jgk! arghhhh! n nape ayat ko sume skema2 badak!!! arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

_ said...

salam
entry sgt sgt byk pengisian
betul kata2 kau.apa2 pun kita amik yg jernih dan buang yg keruh.yg pasti jadikan situasi org kampung sbg pengajaran yg sgt penting buat kita.buang semua kefahaman yg berbeza dan bersatu di bawah payung agama dan bangsa.sedih benda ni berlaku di halaman kampung dan jugak di tapak universiti kita sendiri.