Kita Kata Kita Berkuasa,
Tapi di sudut mana dan di celah mana
Tidak terjawab dan tiada jawapannya..
Kita Kata Kita Berkuasa,
Sedangkan kita sibuk mengejar nikmat dunia,
Tidak memikir masa depan bangsa..
Kita Kata Kita Berkuasa,
Bila orang atas sibuk berebut kuasa
Hak kita tergadai entah ke mana…
Kita Kata Kita Berkuasa,
Bijak berjanji ketika berkata
Tapi tidak berjaya mengota
Kita Kata Kita Berkuasa,
Tapi bangsa kita berpecah merata
Tidak besatu menyata suara
Kita Kata Kita Berkuasa,
Menyata tidak melayu hilang di dunia
Tetapi masih menjadi kuli dan leka
Kita Kata Kita Berkuasa,
Tapi di sudut mana dan di celah mana
Tidak terjawab dan tiada jawapannya..
Kita Kata Kita Berkuasa,
Sedangkan kita sibuk mengejar nikmat dunia,
Tidak memikir masa depan bangsa..
Kita Kata Kita Berkuasa,
Bila orang atas sibuk berebut kuasa
Hak kita tergadai entah ke mana…
Kita Kata Kita Berkuasa,
Bijak berjanji ketika berkata
Tapi tidak berjaya mengota
Kita Kata Kita Berkuasa,
Tapi bangsa kita berpecah merata
Tidak besatu menyata suara
Kita Kata Kita Berkuasa,
Menyata tidak melayu hilang di dunia
Tetapi masih menjadi kuli dan leka
Kita Kata Kita Berkuasa,
Bila Islam dihina dan dicerca
Kita duduk terkelu tidak bebicara
Kita Kata Kita Berkuasa
Kita Kata Kita Berkuasa
Kita Kata Kita Berkuasa
Tapi sejarah mengajar kita sebaliknya,
Tiada yg kekal dalam tamadun manusia,
Ada bangsa yang kekal dan dibangga
Ada bangsa yg hilang dan terus dilupa
Ada bangsa hidup tapi tidak dirasa
Bukan keagungan yang dikejarkan
Tapi kemerdekaan terus dikekalkan
Kita berpijak dikaki sendiri
Tidak perlukan tongkat untuk berdiri
Tidak mengharap pada bantuan
Keupayaan diri jadi sandaran
Dan barulah kita boleh bicara
!!!Kita Kata Kita Berkuasa!!!
Kita duduk terkelu tidak bebicara
Kita Kata Kita Berkuasa
Kita Kata Kita Berkuasa
Kita Kata Kita Berkuasa
Tapi sejarah mengajar kita sebaliknya,
Tiada yg kekal dalam tamadun manusia,
Ada bangsa yang kekal dan dibangga
Ada bangsa yg hilang dan terus dilupa
Ada bangsa hidup tapi tidak dirasa
Bukan keagungan yang dikejarkan
Tapi kemerdekaan terus dikekalkan
Kita berpijak dikaki sendiri
Tidak perlukan tongkat untuk berdiri
Tidak mengharap pada bantuan
Keupayaan diri jadi sandaran
Dan barulah kita boleh bicara
!!!Kita Kata Kita Berkuasa!!!
(Terlintas didalam fikiran apabila dipersoalkan oleh orang kehilangan diri dan menyepi tanpa khabar berita dan suara. Aku berjuang bukan kerana nama, menyuara bukan kerana membantah,menidak bukan kerana membenci,menyepi bukan kerana tidur.Aku masih terjaga, melihat, memerhati dan berjuang dengan cara yang tersendiri..matlamat kita sama tapi jalan kita berbeza...)
No comments:
Post a Comment