Sunday, November 2, 2008

PENDIDIKAN

Pendidikan adalah teras kepada kejayaan sesuatu negara. Dengan adanya golongan intelektual yang ramai di dalam Negara. Ia pasti akan menjadikan Negara itu berjaya dalam semua aspek pemerintahan, ekonomi dan kerohanian.asa kepada pendidikan ialah mendengar seterusnya menyebut dan disusuli dengan membaca dan akhir sekali menulis.

Sistem pendidikan di Malaysia ini semakin hari semakin dilihat ketinggalan dengan pergerakan arus pemodenan. Saya melihat dari aspek sains dan teknologi. Adakah berbaloi menghantar seorang angkasawan ke angkasa dan sekembalinya ke tanah air hanya membawa dia ke sekolah sekolah dan berkongsi pengalaman dan memberi motivasi sahaja?

Pada pandangan saya, jiwa muda ini harus diberi pendedahan yang lebih kepada praktikal dan amali. Ya perlu diketahui bahawa teori amat penting tetapi adakah teori yang dihafal oleh pelajar dapat dipraktikkan sepenuhnya oleh pelajar di alam dewasa kelak?

Di sini lah perlunya lebih pendedahan pada pelajar. Jika di jepun remaja berumur 18 tahun boleh membina sebuah mini robot bergerak mengapa tidak di Malaysia ini di praktikkan dengan lebih meluas, kita harus memberi pendedahan yang lebih pada pelajar pelajar ini supaya menimbulkan minat. Jika di sana seorang telah berjaya, jika di sini dipraktik lebih meluas mungkin kita boleh menghasil 20 orang di satu Negara membentuk mini robot pelbagai bentuk dan kaedah. kita semakin maju kehadapan tapi masih mengharapkan barangan luar masuk ke Negara kita tanpa mengharapkan hasil dari anak keturunan Negara kita.

Melebihkan para pelajar kepada tekonologi dan sains saya rasa menimbulkan kreativiti kepada mereka. Kreativiti inilah harus dipupuk oleh system pendidikan ini dari awal. Seperti pepatah melayu menyebut “melentur buluh biar dari rebungnya”. Kita boleh memupuk kreativiti anak muda sekarang.

Contoh yang saya rasa boleh diketengahkan sekarang ini, mungkin contoh yang kurang bijak dari saya. Anak melayu sekarang boleh menukarkan motor EX5 honda berenjin kecik hingga setanding kelajuannya dengan motor 125ZR. Di Jepun motor EX5 honda ini hanya kegunaan pergi ke pasar sahaja. Ini menunjukkan anak anak ini kreatif dan inovatif melakukan sesuatu pembaharuan walaupun tidak dijalan yang betul.

Jika langkah pendedahan kita kepada teknologi teknologi yang penting seperti automotif electrical dan elektronik ini lebih meluas. Ia pasti memupuk semangat ke industri dengan lebih jitu lagi disamping membina semangat keusahawanan yang tinggi. Sekolah teknik dan vokasional ini diwujudkan. Ia salah satu asas pendedahan kepada remaja remaja ini. jika kita melebihkan praktikal dan disamping memberi teori yang diguna pakai saya merasakan ia pasti akan menghasilkan hasil yang pasti berkesan.





Kementerian pendidikan mewujudkan pertandingan sains dan teknologi tetapi ia begitu terhad dan para pelajar itu sendiri tidak begitu pasti bagaimanakan cara pembuatannya asasnya yang sebenar. Disini mesti kita praktikkan kepada para pelajar dengan pendedahan pendedahan dengan lebih supaya menimbulkan semangat belajarnya yang meningkat.

Saya merasakan sistem pendidikan ini juga boleh memupuk semangat jati diri dan semangat perhubungan yang lebih erat. Jika sistem ini diubah sedikit dengan menyelitkan beberapa pembaharuan dengan lebih menekan kerja seperti berkumpulan ia juga boleh menimbulkan semangat pembelajaran yang tinggi.

Sebagai contoh, pelajar ini dibahagikan mengikut gred pencapaian oleh seorang guru ini kepada beberapa kumpulan. Di dalam beberapa kumpulan ini mesti tersely sesetengah pelajar pelajar yang bijak, sesetengahnya kurang bijak dan wujudkan beberapa siri pertandingan pembelajaran di dalam kelas ataupun antara darjah dan tingkatan. Ini menimbulkan juga semangat ini belajar di kalangan pelajar itu sendiri kerana kadang kadang kita malu untuk bertanyakan kepada guru tentang apa yang kita tidak faham. Maka kita akan merujuk pada ahli kumpulan kita untuk belajar. Ini boleh menjadikan kawan yang tidak faham itu menjadi faham dan pelajar yang menerangkan itu mengulangkaji pelajaran itu semula.

Bebanan para guru sekolah juga dengan pelbagai kerja yang banyak dan membeban juga memberi impak kepada pendidikan sekolah. Adalah lebih baik meramaikan kakitangan di sekolah seperti kakitangan sukan, kakitangan SPBT dan kakitangan perpustakaan agar guru menumpukan perhatian sepenuhnya kepada mendidik dan mengajar..

Adalah penting juga memberikan kuasa merotan dan medenda guru kembali selagi tidak mencacatkan para pelajar. Ini kerana banyak kes pelajar tidak menghormati guru ini telah kedengaran kerana tidak ramai guru yang berani menghukum pelajar pelajar yang biadap. Bagi saya, tidak telintas sedikit pun di fikiran guru ingin memukul para pelajarnya jika para pelajarnya tidak melakukan kesalahan. Dan salahkan cikgu medenda para pelajar kerana kesalahan nya seperti ibu mendidik anak. Memukul tidak sepertinya bukan tanda tidak sayang dan membiarkan anak anak melakukan kesalahan tanpa menghukumnya pown bukannya tanda sayang..

(cadangan kerdil ini hasil pemikiran singkat ini ketika sedang melihat semula kenangan kenangan ketika bersekolah dahulu walaupun mengetahui tiada sesiapapun dari kementerian akan membaca nukilan ini..tak kesah pown…)



1 comment:

anne nalea said...

wah, sungguh bersemangat dan berwawasan sekali saudara aizat safuan ini! sungguh! :D nway bob, skang ada pameran angkasawan kat trg trade center orga ny gov of trg..2day lat day,aku smpt prgi smlm..psl yg sains&tech+malays tu, kn ada yg bantu diorg camne nk develop creativity, marketing&inform psl legality of their works..bleh jek sbnrnye :) go bob! :p