Sunday, October 12, 2008

Hak Keistimewaan Orang Melayu


Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum di dalam satu Negara. Kaum melayu, kaum India, kaum cina semua begabung ketika meminta kermerdakaan daripada British. Salah satu syarat pengabungan tiga kaum ini adalah kaum cina dan India harus mengakui hak keistemewaan orang melayu. Sebagai gantinya orang melayu akan menerima prinsip jus soli yang menyebabkan mereka mendapat kerakyatan Negara. Pada 13 Mei 1969, satu peristiwa hitam dalam Negara telah berlaku dimana belaku nya rusuhan kaum antara cina dan melayu. Ini menyebabkan kerajaan ketika itu telah merancang “Dasar Ekonomi Baru” bertujuan untuk mengagihkan hasil ekonomi Negara ke seluruh kaum dengan serata disamping menaikkan taraf hidup masyarakat melayu ketika itu.

Hari ini setelah 30 tahun setelah Dasar Ekonomi Baru dicipta, banyak kemajuan yang dapat dilihat di Negara ini. Kemajuan yang amat pesat hingga jika orang asing yang kali pertama tiba di Kuala Lumpur akan memanggil kita sebagai Negara maju. Walaupun Dasar Ekonomi Baru ini tidak mencapai kejayaan 100%, tetapi ia tetap melihatkan pembangunan.

Timbul satu kemusykilan di hati saya sampai bilakah Kaum kita ini akan bertahan dengan hak istimewaan orang melayu dan Dasar Ekonomi Baru ini?? Baru baru ini apabila Menteri Besar Selangor menyentuh tentang Isu pembukaan koata kemasukan ke Uitm bagi kaum lain. Ramai yang bangun dan membangkang isu tersebut. Saya sendiri begitu marah kerana MB Selangor ini tidak hormatkan hak yang telah termaktub di dalam perlembagaan Negara kita.

Di satu sudut lain terfikir saya adakah ini akan menyebabkan kaum kaum lain tersinggung dan cuba mendapatkan alternatif lain untuk berdiri di Negara ini. Jika saya berada di tempat mereka, saya juga akan merasakan benda yang sama. Kenapa saya tidak layak masuk ke IPTA hanya kerana koata untuk bumiputera yang begitu besar. Di satu sudut lain, yang lebih banyak saya fikirkan. Saya begitu suka ramai kaum bumiputera yang masuk ke IPTA ini. Ini akan menyebabkan kita lebih berpengetahuan untuk menjadi salah satu insan yang berjaya.

Saya juga merasakan semakin hari semakin ramai yang mempersoalkan hak keistimewaan kita ini. Dan apa yang paling menakutkan adalah jika timbulnya rusuhan kaum sekali lagi di dalam Negara ini hanya kerana kaum kaum lain berang dengan Hak Keistimewaan Orang Melayu ini. Saya begitu berharap bahawa perkara ini tidak berlaku tetapi sekiranya perkara ini berlaku, bersediakah kita (kaum bumiputera) untuk memansuhkan hak istimewa ini atau masih ingin ia berkekalan.

Jika dibandingkan kedudukkan bangsa dahulu dan sekarang, banyak perubahan yang telah kita kecapi, kita tidak tersekat hanya duduk di kampung. Ramai golongan melayu menjadi ahli perniagaan, pensyarah, dan jawatan jawatan penting di segenap sector. Tetapi kita tidak boleh begitu selesa dengan apa yang kita kecapi sekarang.kita mesti terus dan terus berusaha. Orang Melayu belum selamat. Kita masih dikategori di dalam bangsa yang lemah. Tetapi kita boleh beradadi jalan yang selamat, kita boleh majukan diri kita, kita boleh menebus sepenuhnya maruah kita, bangsa kita, jika kita sedar akan bahaya yang kita hadapi sekarang dan kita membuat persiapan untuk mengatasinya.

Kita fahami bahawa sesetengah orang melayu sendiri mencadangkan agar hak isitimewa ini dimansuhkan, saya akui banyak perubahan yang di alami oleh bangsa kita. Tapi hanya segelintir sahaja yang betul betul menikmatinya. Kita mesti pastikan bahawa seluruh orang orang bumiputera ini betul betul boleh berdiri di atas kaki sendiri baru kita boleh memikirkan untuk melakukkan pindaan. Saya sendiri pernah pergi ke sekolah di langkawi dan mengajar murid sekolah rendah tahun 5 disana. Alangkah sedihnya saya apabila apabila ditanya tentang ilmu asas mengira pown mereka masih tidak menguasainya. Saya begitu terkejut melihat perkara ini berlaku pada anak bangsa kita. Sedang semua orang berlumba lumba masuk ke universiti, mereka masih tidak pandai mengira dan mengeja. Bagaimanakah kehidupan mereka di masa hadapan kelak? Dan disini terletaknya tugas di bahu kita. Memastikan anak bangsa kita menguasai ilmu pelajaran yang secukupnya.

Ini membuktikan orang Melayu jelas belum selamat. Janganlah ingat kuasa orang Melayu dalam arena politik akan kekal selama-lamanya, akan menjamin keselamatan orang Melayu sampai bila-bila. Sedarlah tidak ada yang kekal dalam masyarakat manusia, sudah tentu tidak ada yang kekal dalam politik manusia. Ada bangsa yang tidak pernah bangun dan ada bangsa yang maju tetapi kemudian runtuh dan hilang dari muka bumi ini. Kita tidak bercita-cita besar untuk menjadi bangsa yang mulia, bangsa yang menjadi kuasa besar. Tetapi kita ingin terus bebas, merdeka dan tidak dihina, dijajah sekali lagi. Untuk ini pun kita perlu berjaga-jaga dan berusaha supaya bukan sahaja kekuatan politik kita dipulih dan dikekalkan tetapi kemampuan tiap seorang daripada kita dalam bidang tertentu, bidang ilmu dan kecekapan perniagaan dan perusahaan dipertingkatkan sehingga dapat kita menghadapi dan mengatasi segala saingan dan cabaran secara bersendirian. Dan apabila kita berjaya kelak saya yakin ia juga memberi impak kepada pandangan masyarakat dunia terhadap agama islam itu sendiri, seperti diketahui, melayu majoritinya beragama islam dan apabila kita berjaya ia memberi impak juga pada agama. yang penting semuanya mesti bermula dengan niat yang baik, berjuang demi agama dan bangsa, dan apabila kita telah berusaha. Kita berserah pada illahi dan biar DIA menentukannya. Saya rasa ALLAH tidak akan mensia siakan doa orang yang beriman dan berusaha dengan keras.Kita mesti berusaha, kita tidak boleh mengharapkan koata dan hak keistimewaan semata mata. Kita mesti berjalan sendiri. Biasakan berdiri dan berjalan tanpa menggunakan tongkat. Orang kita mesti menjadi master of themselves. Kita jadikan diri kita berupaya tanpa berharapkan hak istimewa ini. Ia memakan masa, tapi jika kita rajin. Berusaha dan terus berusaha. Saya yakin kita mampu menyaingi bangsa bangsa lain yang telah maju.
(Saya tidak bermaksud untuk menghina bangsa sendiri, tetapi hanya menyampaikan apa yang rasa patut direnungkan...)


5 comments:

_ said...

salam.wah,bob ader blog la.haha
post yg ni pnuh dgn idealist.

pencetus revolusi minda said...

tanks shahmi..
hanya mencetuskan
apa yang ada di pemikiran..

aidashahab said...

ejad..
cube buat blog sal aida plak..
nak taw gak ape ejad pk sal aida..
hahahahaha..
kidiing2..
aida majok!
bye!

IdadDewi said...

hahah aida dh xpahammm... blog bob nih bukan tok menyindir... tp renungan.. tol x??? renung2kan selamat beramalll :P

pencetus revolusi minda said...

to aida..

kita memang susah untuk
memenuhi semue kehendak orang..
jadi agak kaku la..
bila untuk menunaikan kehendak aida..
;p